ISTANBUL: Mahkamah junta di Myanmar menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas seorang pembuat filem Jepun kerana "hasutan" dan "melanggar undang-undang komunikasi elektronik."
Toru Kubota dijatuhi dua hukuman - tiga tahun untuk hasutan dan tujuh tahun atas pelanggaran berkaitan komunikasi elektronik - berjalan serentak, lapor Agensi Anadolu memetik Kyodo News pada Khamis.
Kubota ditahan pada 30 Julai.
Junta tentera berkata Kubota memasuki negara majoriti Buddha dari negara jiran Thailand menggunakan visa pelancong dan menyertai demonstrasi serta berkomunikasi dengan penunjuk perasaan semasa penggambaran.
Perbicaraan diadakan pada Rabu.
Mahkamah yang bersidang dalam Penjara Insein di Yangon akan mendengar pertuduhan berkaitan imigresen terhadap Kubota Rabu depan.
Dia juga dituduh membuat laporan palsu mengenai penganiayaan terhadap masyarakat Rohingya.
Kubota ialah warga Jepun kedua dihukum penjara di Myanmar.
Pada April tahun lalu, wartawan bebas Yuki Kitazumi ditahan dan didakwa kerana menyebar laporan berita palsu.
Beliau bagaimanapun dibebaskan dan pulang ke negara asalnya sebulan kemudian.
Myanmar, negara di Asia Tenggara, diperintah junta sejak Februari tahun lalu apabila tentera negara itu, yang dikenali sebagai Tatmadaw, menumbangkan kerajaan Liga Demokratik Kebangsaan dan memenjarakan pemimpinnya.
Tindakan itu mendapat kecaman yang meluas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
Junta tentera berkata, Kubota (gambar) memasuki Myanmar dari Thailand menggunakan visa pelancong dan menyertai demonstrasi serta berkomunikasi dengan penunjuk perasaan semasa penggambaran. - Gambar fail AP
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Pembuat filem Jepun dihukum penjara tujuh tahun di Myanmar
Toru Kubota dijatuhi dua hukuman - tiga tahun untuk hasutan dan tujuh tahun atas pelanggaran berkaitan komunikasi elektronik.