YALA: Seorang pembuat bom yang juga anggota militan yang aktif di selatan Thailand maut dalam satu insiden berbalas tembakan di Yala, selatan Thailand pada Selasa.
Lelaki berusia 42 tahun itu disyaki terlibat dalam satu serangan bom di Bannang Sata, Yala pada 17 Februari lalu di mana seorang pegawai polis maut manakala empat lagi cedera
Insiden berbalas tembakan itu berlaku semasa rundingan damai konflik selatan Thailand yang sedang berlangsung di negara jiran Malaysia.
Ketua Polis Daerah Than To, Pol. Kol. Thanapon Yaowapak berkata bertindak atas maklumat, pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah dipercayai tempat lelaki itu bersembunyi di Kampung Mayo pada kira-kira pukul 4.30 pagi (waktu tempatan) semalam.
Beliau berkata pasukan keselamatan melalui ketua kampung dan imam telah memujuk lelaki itu menyerah diri tetapi usaha itu gagal.
"Lelaki itu cuba melarikan diri dengan melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan. Insiden berbalas tembakan berlaku.
"Apabila keadaan reda, pasukan keselamatan menemukan mayat lelaki itu di luar rumah," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Polis mengesahkan lelaki itu merupakan anggota militan yang aktif di kawasan Than To dan Bannang Sata, Yala. Selain serangan bom pada minggu lepas, lelaki itu pernah terlibat dalam serangan bom di stesen minyak.
Thanapon berkata polis turut menemui sepucuk pistol bersama lelaki itu.
Sementara itu, pusingan keenam rundingan damai selama dua hari itu di Kuala Lumpur merupakan yang pertama dipengerusikan ketua fasilitator baharu dari Malaysia, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.
Bekas Panglima Angkatan Tentera itu dilantik sebagai ketua fasilitator Malaysia berkuat kuasa 1 Januari tahun ini bagi menggantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor.
Jeneral Wanlop Rugsanoah mengetuai panel untuk dialog damai di wilayah paling selatan di Thailand (PEDP) manakala Anas Abdulrahman mengetuai delegasi Barisan Revolusi Nasional (BRN), iaitu kumpulan paling berpengaruh di selatan negara itu.
Rundingan kali ini menjadi tumpuan kerana Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Prayuth Chan o-cha ketika lawatan rasmi sulungnya ke Bangkok, Thailand pada 9 dan 10 Februari lalu.
Anwar dan Prayuth telah meluangkan banyak masa membincangkan isu selatan Thailand semasa mesyuarat dua hala mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023

Seorang pembuat bom yang juga anggota militan yang aktif di selatan Thailand maut dalam satu insiden berbalas tembakan di Yala, selatan Thailand. - Foto BERNAMA

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.

Thailand seru rakyatnya di Malaysia pulang, teroka peluang pekerjaan
Ramai rakyat Thailand, terutama dari wilayah selatan berhijrah ke Malaysia untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaan serta restoran.

Rakyat Malaysia antara mangsa letupan bom berhampiran balai polis di selatan Thailand
Seorang warga Malaysia dan enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani, Wilayah Pattani, selatan Thailand, pagi Isnin.

Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan melibatkan kira-kira 10 suspek kumpulan bersenjata dengan anggota renjer.

Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.

Thailand bersiap sedia hadapi gelombang kedua hujan lebat, banjir di wilayah selatan
Antara wilayah yang dijangka terjejas termasuk Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Ranong, Trang, Pattani, Yala, dan Narathiwat.

14 wilayah selatan Thailand ambil langkah waspada hadapi banjir 3-5 Disember
Antara wilayah terlibat adalah Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Songkhla, Pattani, Yala, Narathiwat, Phang Nga, Phuket, Krabi dan Satun.

Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan
Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) dikehendaki mengemukakan cadangan lanjut kepada Kabinet untuk menangani keperluan khusus di setiap kawasan yang terjejas

Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir selepas hujan lebat 5 hari
Kawasan perdagangan utama di Pattani mengalami banjir teruk akibat limpahan Sungai Pattani, dengan paras air mencecah sehingga satu meter.

Rakyat Kelantan dinasihat jaga keselamatan di selatan Thailand - PDRM
Rakyat Kelantan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati merancang perjalanan dan menjaga keselamatan ketika berkunjung ke selatan Thailand, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.