BLACKBURN: Rakyat di seluruh United Kingdom (UK) memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Putera Philip pada Sabtu.

Mereka turut meluangkan masa bersama untuk menonton istiadat pemakaman Duke of Edinburgh yang disiarkan secara langsung.

Ada dalam kalangan mereka menyifatkan istiadat tersebut sebagai satu penghargaan kepada rakyat UK.

Jasad mendiang Putera Philip, suami kepada Ratu Elizabeth II dimakamkan di St George Chapel di Istana Windsor jam 3 petang waktu tempatan.

BACA: Putera Philip selamat dimakamkan, upacara dilangsung penuh istiadat diraja

BACA: UK bertafakur seminit, beri penghormatan terakhir buat Putera Philip

Sebagai tanda penghormatan, loceng juga dibunyikan di Blackburn Cathedral untuk mengajak orang ramai menyalakan lilin dengan 10 ekor burung merpati dilepaskan.



Istiadat Pemakaman | Penghormatan terakhir untuk Putera Philip