ISTIADAT pemakaman Duke of Edinburgh, Putera Philip akan berlangsung hari ini, Sabtu, 17 April di St George Chapel di Istana Windsor, jam 3 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).
Ia dua minggu selepas mendiang menghembus nafas terakhir pada 9 April lalu, yang juga dua bulan sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya ke-100.
Putera Philip akan dikebumikan dalam satu upacara sederhana mengikut istiadat diraja dan bukan pengebumian negara.
Upacara itu akan disiarkan secara langsung mengambil tempat di kawasan Istana Windsor yang hanya dihadiri 30 orang.
Berikut antara fakta yang perlu anda ketahui mengenai istiadat yang akan berlangsung:
Siapa yang akan terlibat?
Hari upacara pemakaman Putera Philip telah diambil maklum sejak bertahun-tahun lalu dan pada awalnya dirancang melibatkan 800 hadirin.
Namun, oleh kerana pandemik COVID-19 dan perintah sekatan yang dilaksanakan di England, hanya 30 orang sahaja dibenarkan menghadiri upacara pengebumian tersebut.
Untuk itu, Istana Buckingham melaporkan bahawa ia akan hanya melibatkan anggota keluarga Ratu Elizabeth dan Duke of Edinburgh, termasuk tiga kerabat mereka dari Jerman.
Putera Harry dilaporkan akan menghadiri upacara tersebut.
Bagaimanapun, isterinya Meghan Markle yang sedang hamil dikatakan tidak dapat membuat perjalanan dari AS, atas nasihat doktor.
Malah, ini adalah kali pertama Duke of Sussex itu kembali ke United Kingdom selepas secara rasmi meletakkan jawatan sebagai anggota kanan keluarga diraja Britain pada tahun lalu.
Apa yang akan berlaku pada hari tersebut?
Pada hari pengebumian, keranda Putera Philip akan dipindahkan dari bangunan Istana Windsor pada jam 2.40 petang (waktu tempatan) dan kemudian dibawa masuk ke St George Chapel.
Ia akan ditempatkan di dalam sebuah Land Rover berwarna hijau gelap yang telah diubah suai oleh mendiang sendiri semasa hayatnya.
Untuk makluman, Duke of Edinburgh merupakan pengguna dan pencinta Land Rover yang mana telah menjadi pemilik sejati jenama tersebut untuk lebih 40 tahun.
Kereta Land Rover itu kemudian akan diiringi kenderaan tentera dan keluarga diraja.
Tepat jam 3 petang (waktu tempatan), hadirin diminta bertafakur selama satu minit diiringi tembakan oleh Troop Royal Horse Artillery.
Hanya anggota keluarga diraja dibenar memasuki St George Chapel, manakala selebihnya aktiviti perarakan akan berada di luar.
Dengan SOP, bagaimana rakyat Britain boleh beri penghormatan?
Orang awam diminta untuk tidak menghadiri upacara pemakaman, selaras dengan nasihat prosedur operasi standard (SOP) kesihatan awam.
Di laman web keluarga diraja, orang ramai diminta memberi sumbangan kepada badan amal dan tidak meninggalkan jambak bunga sebagai mengenang Putera Philip.
Buku takziah dalam talian juga tersedia untuk orang ramai menyampaikan penghormatan peribadi mereka.
Apa yang akan berlaku selepas upacara pemakaman?
Tempoh berkabung dilaporkan berakhir pada hari pengebumian.
Namun, keluarga diraja akan terus berkabung selama dua minggu.
BACA: Istiadat pemakaman Putera Philip pada 17 April
BACA: Pemergian Putera Phillip bakal 'satukan' semula William dan Harry
BACA: Putera Harry tiba di UK untuk majlis pengebumian Putera Philip
Faris Danial Razi
Sat Apr 17 2021

Istiadat pemakaman Duke of Edinburgh, Putera Philip ditetapkan pada Sabtu, 17 April di St George Chapel, Istana Windsor pada jam 3 petang (waktu tempatan). - Astro AWANI

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.

Istiadat pemakaman Putera Philip: Ini fakta anda perlu tahu
Putera Philip akan dikebumikan dalam satu upacara sederhana mengikut istiadat diraja dan bukan pengebumian negara.