BAS pasukan kelab bola sepak Jerman, Borussia Dortmund, diserang dengan bom pada Selasa ketika mereka dalam perjalanan ke perlawanan suku akhir Piala Juara-Juara menentang pasukan Monaco.
Tiga letupan yang berlaku kira-kira jam 7.15 malam waktu tempatan berhampiran hotel penginapan pasukan itu di daerah Hoechsten itu telah memecahkan tingkap bas mereka.
Pemain pertahanan Sepanyol, Dortmund, Marc Bartra kemudian dikejarkan ke hospital selepas mengalami retak pada pergelangan tangan kanannya dan beberapa kecederaan pada lengan.
Menurut Ketua Polis Dortmund, Gregor Lange, bahan letupan masih belum ditemui dan tujuan serangan masih tidak jelas.
"Pada masa ini ia masih tidak jelas apakah motif dan latar belakang insiden tersebut," kata Lange.
Dalam pada itu, polis Jerman dikatakan sedang menyiasat sekeping surat yang dikatakan ditemui dekat tempat kejadian, namun kandungannya tidak didedahkan.
Perlawanan itu ditangguhkan dan dijadualkan semula untuk hari ini.
Astro Awani
Wed Apr 12 2017

Seorang anggota polis berkawal di lokasi insiden bom yang menyebabkan kecederaan pemain dan kerosakan pada kenderaan. - Reuters

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.

Aubameyang sah sertai Arsenal dengan yuran RM332 juta
Arsenal sahkan mengikat penyerang Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang, 28 tahun dari Borussia Dortmund dengan rekod yuran tertinggi kelab itu bernilai 60 juta pound atau RM332 juta.

Pemain cedera apabila bas pasukan Borussia Dortmund diserang
Pasukan kelab bola sepak Jerman, Borussia Dortmund diserang pada Selasa ketika dalam perjalanan ke perlawanan suku akhir Piala Juara-juara menentang pasukan Monaco.

Kejayaan silam jadi inspirasi Real Madrid
Real Madrid berdepan misi penting awal pagi esok apabila perlu bangkit daripada kekalahan besar kepada Borussia Dortmund.

Borrusia Dortmund tenang jumpa juara 9 kali
Dortmund yang membawa bekalan selesa dalam kunjungan ke tempat lawan tampak tidak berdepan tekanan bagi pertemuan kedua itu nanti.