Kerajaan Uttar Pradesh, India pada Sabtu mengeluarkan arahan mandatori kepada semua pelajar di sekolah dan kolej di negeri ini agar memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang bagi mengurangkan risiko terkena wabak denggi di negeri ini.
Pelajar juga diberitahu tentang langkah pencegahan denggi semasa perhimpunan sebagai langkah berwaspada.
Sekolah-sekolah juga telah menerima arahan untuk mengekalkan kebersihan di premis agar tidak membenarkan pengairan air di kawasan berhampiran.
Pesuruhjaya Lucknow, Mukesh Meshram juga mengarahkan perbadanan perbandaran untuk membersihkan parit dan mengumpul sampah dari jalan-jalan dalam masa tiga hari.
Pihak berkuasa juga diarahkan melancarkan kempen kesedaran terhadap bahayanya wabak denggi.
Sebanyak 454 kes denggi telah berlaku di Lucknow di mana ramai yang kritikal dan dimasukkan ke hospital.
Dalam kes baru, seorang lelaki berusia 22 tahun meninggal dunia akibat demam denggi menjalani rawatan di Institut Sains Perubatan Siswazah Pasca Sanjay Gandhi (SGPGI) di Lucknow. - Agensi
Sinar Harian
Sun Oct 13 2019
Kerajaan Uttar Pradesh mengambil langkah berjaga-jaga dalam kes kanak-kanak memandangkan sebanyak 454 kes denggi telah berlaku di Lucknow di mana ramai yang kritikal dan dimasukkan ke hospital. - Foto Sinar Harian
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
AWANI Ringkas: Tarian mencolok mata, penganjur dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir kembali landa Raub, Lipis
Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.
Texas tarik balik arahan pemakaian wajib pelitup muka
Gabenor Greg Abbot mengumumkan untuk menarik balik arahan pemakaian pelitup muka mandatori di Texas yang dilaksanakan susulan jangkitan pandemik COVID-19.
Pelajar di Lucknow diarah patuhi kod pakaian
Pelajar juga diberitahu tentang langkah pencegahan denggi semasa perhimpunan sebagai langkah berwaspada.