Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa pelabur Britain untuk mempertingkat hubungan dua hala khususnya dalam bidang pertumbuhan baharu.
Antara bidang berkenaan termasuk berteknologi tinggi dan baharu muncul, berintensifkan modal, memiliki nilai tambah tinggi, berasaskan pengetahuan, berkemahiran tinggi serta sektor berorientasikan eksport
Beliau berkata, usaha itu tidak hanya menguntungkan syarikat-syarikat United Kingdom (UK) tetapi turut memanfaatkan rakyat Malaysia menerusi tawaran pekerjaan berpendapatan tinggi.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sehingga akhir 2015, jumlah pelaburan UK di Malaysia adalah sebanyak £3.4 bilion (1 pound sterling = RM5.79).
Bagi sektor pembuatan, jumlah pelaburan yang direalisasikan adalah £1.1 bilion yang merangkumi 433 projek.
Kira-kira separuh daripada pelaburan itu membabitkan produk industri bahan kimia dan petroleum manakala elektrikal dan elektronik sebanyak 14 peratus.
"Kita sentiasa mengalu-alukan kehadiran syarikat serta pelaburan UK ke Malaysia yang sememangnya baik untuk pelabur serta Malaysia. Malah, ia melibatkan pulangan sebenar untuk rakyat Malaysia - pelaburan ini menyediakan sejumlah 36,000 pekerjaan baharu," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam ucaptamanya di acara Malaysia-UK Investor Showcase di Marlborough House, anjuran Majlis Perusahaan dan Pelaburan Komanwel (CWEIC) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), di sini.
Sebanyak 188 syarikat Britain dan 34 firma Malaysia menyertai acara sehari yang bertujuan menarik para pelabur termasuk pengurus dana untuk melabur di Malaysia.
Hadir sama Pengerusi CWEIC Lord Marland, Setiausaha Agung Komanwel Patricia Scotland, Menteri Perdagangan dan Pelaburan UK Lord Price serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK Datuk Ahmad Rasidi Hazizi serta wakil dan pegawai kanan kerajaan Malaysia dan UK.
Mengulas lanjut, Najib berkata, Malaysia berharap dapat menggalakkan kehadiran lebih ramai pelabur UK untuk memanfaatkan kedudukan strategik Malaysia.
Ia sama ada menerusi penubuhan pejabat serantau bagi kemudahan syarikat-syarikat berkaitan di rantau berkenaan atau dengan menjadikan Malaysia sebagai platform bagi menembusi ASEAN yang merupakan ekonomi ketujuh terbesar dunia, katanya.
Menurut Perdana Menteri, sebanyak 43 projek baharu diluluskan pada 2015 dengan jumlah pelaburannya £44 juta dan akan mewujudkan 3,700 pekerjaan tambahan untuk rakyat Malaysia apabila dilaksanakan kelak.
Projek-projek utama dari UK termasuklah Owen Mumford - dengan hab serantau baharunya - dan Smiths Detection, pereka terkemuka dunia dan pengeluar sistem pengesanan maju - dengan kemudahan baharunya, kedua-duanya di selatan Malaysia.
UK juga antara pelabur dan rakan dagang utama Malaysia dengan jumlah perdagangan negara dengan UK sebanyak £2.76 bilion pada 2015.
Hubungan rapat yang semakin erat dapat dilihat melalui peningkatan tahap pelaburan dalam kedua-dua hala dengan saham pelaburan langsung asing (FDI) dari Malaysia ke UK berkembang sebanyak 161 peratus berbanding £1.7 bilion pada 2009 kepada £3.7 bilion pada akhir 2014.
Pelaburan Malaysia di negara itu termasuklah hotel - hotel Tune dan Thistle; penjagaan kesihatan - iGene dan Spire; runcit - Laura Ashley; dan riadah – dengan Genting dan Hong Leong memiliki kasino dan pusat riadah di seluruh negara.
Syarikat dan institusi Malaysia juga antara pelabur terbesar dalam pasaran hartanah kediaman dan komersial di London.
"Penglibatan Malaysia dalam projek Battersea Power Station telah menjana banyak faedah. Hampir kepada £2 bilion nilai hartanah telah dijual membabitkan tiga fasa pertama," kata Najib.
Projek itu didorong oleh sokongan daripada beberapa perniagaan pelaburan dan pemaju hartanah yang paling berjaya dan disegani, SP Setia Berhad, Sime Darby, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Selain pelaburan Malaysia yang secara lazim tertumpu di London dan tenggara negara itu, satu atau dua buah institusi utama Malaysia kini melihat peluang dengan lebih jauh.
Najib berkata pelancaran inisiatif 'Battersea and Beyond' oleh Perdana Menteri David Cameron semasa lawatan beliau ke Kuala Lumpur pada Julai lepas akan terus meningkatkan pelaburan Malaysia ke seluruh UK.
Perdana Menteri turut menegaskan Malaysia telah membina ekonomi yang berdaya tahan, mampan dan inklusif.
"Anda boleh mengharapkan kami sebagai rakan ideal anda bagi tujuan menjalankan perniagaan di rantau ini. Bagi mereka yang belum pernah melawat Malaysia, seharusnya berbuat demikian untuk mengenali sendiri lokasi pilihan di Asia ini, selain menikmati hospitaliti Malaysia.
"Saya mempelawa anda untuk terus menerokai Malaysia sebagai destinasi pelaburan anda, bukan hanya bagi merebut peluang perniagaan dalam negara, malah sebagai pintu masuk ke pasaran Asia Pasifik dan global. Kami mengalu-alukan kehadiran anda," katanya.
Beliau berkata sebagai contoh, pada Mei tahun lepas, Malaysia telah memperkenalkan skim Hab Prinsipal dalam usaha menjadikan negara lebih menarik kepada syarikat global, dan berada di kedudukan yang baik bagi memanfaatkan lokasinya yang kompetitif di rantau ASEAN dan Asia Pasifik.
"Saya gembira untuk mengatakan kami telah meluluskan 12 projek Hab Prinsipal. Datanglah supaya angka itu dapat ditingkatkan," kata Najib.
Perdana Menteri turut membangkitkan kelebihan ASEAN yang dijangka menjadi pasaran keempat terbesar di dunia selewat-lewatnya menjelang 2050.
"Malaysia berada di hadapan dalam menerajui ASEAN bagi mencapai matlamat itu. November lepas, dengan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN, para pemimpin ASEAN mengumumkan pelan susulan kepada Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN 2015.
"Dokumen komprehensif itu menyenaraikan pendekatan strategik bagi proses penyepaduan untuk tempoh 10 tahun akan datang," katanya.
Beliau berkata ASEAN ketika ini giat merundingkan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang akan direalisasikan tidak lama lagi bersama Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.
Negara-negara RCEP meliputi 49 peratus daripada jumlah populasi global, 29.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dunia dan 25.2 peratus daripada perdagangan global.
Bernama
Mon May 16 2016
![Pelabur Britain dipelawa tingkat hubungan dua hala bidang pertumbuhan baharu Pelabur Britain dipelawa tingkat hubungan dua hala bidang pertumbuhan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71463412168_NajibTunRazak.jpg)
Najib ketika menyampaikan ucaptamanya di acara Malaysia-UK Investor Showcase di Marlborough House. -Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716888562_RosmahMansor.jpg)
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
![Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687059960_TanSriNohOmar.jpg)
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
![Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718808324_TBNajib.jpg)
Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah
Mahkamah Tinggi KL tolak permohonan Najib untuk dapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.
![Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719902869_TBNajibjpg.jpg)
Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan
Najib dibenarkan untuk menyertai prosiding permohonan Badan Peguam Malaysia, bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, di Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa.
![Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639648016_IsmeeIsmail.jpg)
Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai
Perbicaraan kes saman sivil dikemuka SRC International terhadap Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi akan bersambung pada 29 Julai.
![Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718888330_SubohMdYassin.jpg)
Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah
Suboh Md Yassin berkata beliau hanya berkhidmat sebagai 'rubber stamp' dalam syarikat itu bagi melaksanakan kehendak Penasihat Emeritusnya, Datuk Seri Najib Razak.
![Najib kawal penuh semua aspek SRC - Bekas pengarah Najib kawal penuh semua aspek SRC - Bekas pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718808324_TBNajib.jpg)
Najib kawal penuh semua aspek SRC - Bekas pengarah
Bekas pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa semua aspek perjalanan syarikat pelaburan strategik itu dikawal penuh oleh Datuk Seri Najib Razak atau mela
![Bicara kes pecah amanah Najib, Mohd Irwan ditangguh 22 Julai Bicara kes pecah amanah Najib, Mohd Irwan ditangguh 22 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717472037_MohdIrwanSerigar.jpg)
Bicara kes pecah amanah Najib, Mohd Irwan ditangguh 22 Julai
Hakim membenarkan permohonan Kumaraendran berikutan pihak pembelaan masih belum menerima 48 lagi dokumen berkaitan kes daripada pendakwaan.
![Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718269168_Najib.jpg)
Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun
Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib Razak dan Nik Faisal Ariff Kamil di Mahkamah Tinggi ditangguhkan ke 19 Jun.
![Tahanan rumah: Mahkamah benar permohonan Najib masukkan dua afidavit Tahanan rumah: Mahkamah benar permohonan Najib masukkan dua afidavit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717068377_NajibRazak.jpg)
Tahanan rumah: Mahkamah benar permohonan Najib masukkan dua afidavit
Najib, 71, memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April, menerusi Tetuan Shafee & Co.