Ketua polis daerah Kannayao dan dua penyiasat kanan di Nakhon Si Thammarat telah dikenakan tindakan kerana dilaporkan terlalu mesra dengan penyanyi rock tempatan, Sek Loso, yang berdepan dakwaan memiliki senjata api tanpa lesen dan salah guna dadah.
Portal berita Bangkok Post melaporkan, mereka telah diarahkan untuk berpindah tempat kerja gara-gara mengambil gambar dengan selebriti tersebut dalam bilik soal siasat selepas Sek didakwa mengingkari arahan polis di kediamannya do Bang Khen, Bangkok.
Ketua polis Kannayao itu, Sing Singhadej, dikritik hebat selepas sekeping gambar tular menunjukkan dirinya bersama penyanyi rock tersebut serta dua penyiasat lain, sambil memberi isyarat ‘bagus’ dengan jari.
Sebuah panel siasatan telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.
Sek atau nama sebenarnya Seksan Sookpimay, 43, telah dibawa ke balai polis Kannayao pada Ahad lalu dan didakwa kerana melawan ketika dirinya hendak ditahan dan rumahnya hendak digeledah.
Sek telah melepaskan tembakan ke udara dan ke tanah di hadapan patung tugu Raja Taksin di pekarangan sebuah tokong popular di daerah Phrommakhiri, Nakhon Si Thammarat pada 29 Disember lalu.
Polis juga mendakwanya dengan pemilikan senjata api tanpa lesen selain kesalahan melepaskan tembakan di tempat umum.
Selain itu, Sek juga berdepan dakwaan salah guna dadah apabila ujian air kencingnya positif.
Ketua Polis Thailand Chakthip Chaijinda pada 22 Jun lalu mengeluarkan arahan yang melarang pegawai dan anggotanya dripada bergambar dengan suspek, atau berkelakuan seolah-olah mereka ada kaitan rapat dengan suspek.
Menurut Chakthip, tindakan itu hanya akan mengikis kepercayaan umum ke atas pasukan polis.
Agensi
Fri Jan 05 2018

Sing Singhadej (dua dari kanan) dikritik hebat selepas sekeping gambar tular menunjukkan dirinya bersama penyanyi rock tersebut (dua dari kiri) serta dua penyiasat lain. - Bangkok Post

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pegawai polis Thai dikenakan tindakan gara-gara 'terlalu mesra' dengan suspek
Seorang ketua polis daerah dan dua penyiasat dipindah tempat kerja kerana bergambar dengan penyanyi rock yang juga suspek kesalahan senjata api dan dadah.