NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sedang mempertimbangkan keahlian penuh negara Palestin yang berdaulat ke PBB.

Ted Chaiban, Timbalan Pengarah Eksekutif di Agensi Kanak-Kanak PBB (UNICEF) berkata demikian ketika menjawab solan wartawan tentang perkara itu, semasa perbincangan UNSC tentang konflik kemanusiaan di Gaza.

"Kami telah mengedarkan surat itu dalam kalangan anggota Majlis Keselamatan.

"Kami akan berunding dengan setiap ahli untuk mempertimbangkan cara yang sesuai ke hadapan," katanya.

Dalam pada itu, Chaiban memberitahu ahli UNSC bahawa beliau "menyaksikan penurunan yang mengejutkan dalam kalangan kanak-kanak" di Ggaza semasa lawatannya pada Januari lepas.

Laporan tahunan Setiausaha Agung mengenai kanak-kanak dan konflik bersenjata, yang dikeluarkan pada 5 Jun 2023, mendokumenkan 3,931 kes penolakan akses kemanusiaan yang disahkan pada tahun 2022.