NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu Taliban memberikan penjelasan mengenai larangan ke atas kakitangan wanita badan dunia itu daripada bertugas di Afghanistan.
"Rakan sekerja lapangan dalam misi PBB di Afghanistan, UNAMA, menerima arahan daripada pihak berkuasa de facto yang melarang petugas wanita PBB daripada bekerja.
"PBB masih meneliti sejauh mana tindakan itu akan menjejaskan operasinya di Afghanistan, dan untuk itu lebih banyak pertemuan dengan Taliban dijangkakan di Kabul pada Rabu untuk mendapatkan penjelasan," kata jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Stephane Dujarric pada Selasa.
Sebarang larangan tidak boleh diterima kerana ia mengganggu dan menjejaskan keupayaan organisasi bantuan untuk mencapai mereka yang paling memerlukan, kata Dujarric kepada pemberita.
"Kakitangan wanita penting bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyampaikan bantuan dan menyelamatkan nyawa," katanya lapor Xinhua.
PBB mempunyai kira-kira 3,900 kakitangan di Afghanistan dengan 3,300 daripadanya warga Afghanistan, termasuk kira-kira 400 wanita Afghanistan dan 200 kakitangan asing.
Daripada populasi kira-kira 40 juta orang di Afghanistan, PBB berusaha menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada 23 juta lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Beliau berkata berdasarkan budaya di Afghanistan, badan dunia itu memerlukan petugas wanita untuk menyampaikan bantuan kepada kaum wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023
PBB mempunyai kira-kira 3,900 kakitangan di Afghanistan dengan 3,300 daripadanya warga Afghanistan, termasuk kira-kira 400 wanita Afghanistan dan 200 kakitangan asing. -Wikipedia
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata di Gaza
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi UNSC untuk menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata di Gaza.
Malaysia dilantik semula sebagai ahli UNCITRAL bagi penggal 2025-2031
Malaysia berjaya dilantik semula sebagai ahli Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL) untuk tempoh enam tahun bagi penggal 2025-2031.
MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.
Rusia jalin kerjasama dengan negara Arab untuk redakan ketegangan di Timur Tengah - Diplomat
Rusia akan berkoordinasi dengan rakan kongsi Arab dan Islam untuk meredakan situasi di Timur Tengah, kata Jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova.
PBB desak tindakan segera tangani krisis iklim untuk lindungi negara pulau kecil
Antnio Guterres, menggesa dunia untuk meningkatkan pembiayaan bagi Dana Kerugian dan Kerosakan yang ditubuhkan bagi membantu negara-negara pulau kecil terjejas akibat perubahan iklim.
PBB sokong seruan Arab Saudi untuk gencatan senjata di Asia Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan sokongan penuhnya terhadap usaha untuk mencapai gencatan senjata di Palestin, Lubnan, dan semua kawasan konflik di Asia Barat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Masa kian suntuk dalam perjuangan menentang perubahan iklim - Ketua PBB
Guterres memberi amaran kepada para pemimpin dunia bahawa masa semakin suntuk dalam perjuangan menentang perubahan iklim.