GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa pihak berkuasa Myanmar melumpuhkan bantuan menyelamatkan nyawa, menggesa kerajaan negara itu membenarkan akses kemanusiaan ke negeri yang dilanda taufan, lapor Anadolu.
"Kami menggesa Majlis Pentadbiran Negeri mempertimbangkan semula keputusan dan mengembalikan semula kelulusan awal pengagihan bantuan dan pengangkutan," kata jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), Jens Laerke, pada taklimat PBB di Geneva.
Sebulan selepas siklon Mocha melanda Rakhine, Majlis Pentadbiran Negeri Myanmar telah menyekat akses kemanusiaan ke kawasan itu.
Keputusan itu bukan sahaja "melumpuhkan pengagihan makanan, air minuman, bekalan tempat tinggal dan bantuan lain kepada komuniti yang terjejas bahkan menjejaskan perancangan untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Rakhine dalam beberapa minggu dan bulan akan datang.
"Sejak taufan melanda pada 14 Mei, bantuan kemanusiaan telah menjangkau semakin ramai orang walaupun kebenaran yang terhad oleh pihak berkuasa de facto kepada organisasi yang telah lama beroperasi di Rakhine," katanya.
Dalam tempoh itu, hampir 110,000 orang menerima bantuan tempat tinggal dan bahan bantuan lain, katanya dan menambah bantuan makanan telah mencecah hampir 300,000 individu di Rakhine.
Bagaimanapun, Majlis Pentadbiran Negeri telah mengubah keputusannya.
Beliau berkata pengagihan bantuan dan pengangkutan juga telah dihentikan di Negeri Chin.
Memetik Penyelaras Residen dan Kemanusiaan PBB, Ramanathan Balakrishnan, beliau berkata penafian akses itu dijangka mendedahkan penduduk kepada kekurangan makanan selain terdedah kepada penyakit bawaan air.
Siklon Mocha membadai pantai antara Cox's Bazar dan perbandaran Kyaukpyu di Myanmar pada 14 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023
Sebulan selepas siklon Mocha melanda Rakhine, Majlis Pentadbiran Negeri Myanmar telah menyekat akses kemanusiaan ke kawasan itu. - Foto Twitter/OCHA Myanmar
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Korban akibat siklon di Brazil meningkat kepada 36 orang
Hampir 3,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka, manakala sebanyak 66 bandar terjejas.
PBB gesa pihak berkuasa di Myanmar benarkan akses kemanusiaan kepada penduduk dilanda siklon
Sebulan selepas siklon Mocha melanda Rakhine, Majlis Pentadbiran Negeri Myanmar telah menyekat akses kemanusiaan ke kawasan itu.
Gujarat siap sedia hadapi siklon Biparjoy, 8,000 orang dipindahkan
Pemindahan dilakukan dari kawasan dalam jarak 10 kilometer (km) dari pantai di daerah Kutch dan Saurashtra di Gujarat.
Sekurang-kurangnya 4 maut, siklon Gabrielle landa New Zealand
Sekurang-kurangnya empat orang termasuk seorang anggota bomba maut selepas cuaca buruk melanda New Zealand, menurut polis pada Rabu.
Angka korban siklon tropika Seroja di Indonesia meningkat kepada 128 orang
Angka korban bencana banjir lumpur, tanah runtuh dan angin kencang akibat Siklon Tropika Seroja di Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia terus meningkat kepada 128 orang.
Fakta tentang Amphan yang anda perlu tahu
Amphan menjadi taufan paling dahsyat yang pernah berlaku di Teluk Bengal pada malam Isnin lalu - setara dengan taufan Kategori 5 Atlantik.
Taufan, siklon dan hurikan - apakah perbezaanya?
Namun, apa bezanya taufan, siklon dan hurikan? Jawapannya, sama - perbezaannya cuma lokasi di mana kejadian ribut itu berlaku.