Menurut pakar meteorologi, Pedram Javaheri, ribut taufan ini setara dengan ribut taufan Kategori 2 Atlantik tetapi masih dikategorikan 'sistem ribut yang sangat kuat'.
Amphan menjadi taufan paling dahsyat yang pernah berlaku di Teluk Bengal pada malam Isnin lalu - setara dengan taufan Kategori 5 Atlantik. Walaupun ribut itu mulai reda, tenaga siklon sudah diaktifkan dan sebahagian air dipindahkan sebelum itu," kata Javaheri.
Berikut merupakan fakta yang anda perlu tahu mengenai taufan siklon Amphan:
- Diameter medan awan ini berukuran 2,800 kilometer / 1,740 batu iaitu bersamaan dengan jarak dari Lisbon ke Warsaw.
- 7.9 juta orang mungkin terjejas oleh ribut itu, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (OCHA) di Asia. PDC Global, sebuah firma penyelidikan terapan yang berpusat di University of Hawaii, melaporkan 1.97 juta orang berkemungkinan besar terdedah kepada bahaya akibat ribut.
- Gelombang ribut itu boleh mencecah 4-5 meter / 13-16 kaki di bahagian-bahagian yang dilanda Delta Sungai Ganges iaitu cukup tinggi untuk meranapkan sebuah rumah.
- Angin ribut ini mempunyai kelajuan sepantas 160-170 kpj / 99-106 mph di pusat ribut yang dilaporkan pada tengah hari waktu India (2:30 pagi ET), menurut Jabatan Meteorologi India. Hembusan jam setinggi 190 kpj (112 mph)
Menurut wartawan Al-Jazeera, Tanvir Chowdhury, 1.4 juta orang telah selamat dipindahkan dan dimasukkan ke tempat perlindungan namun kira-kira 46,000 orang masih berada dalam risiko tinggj di beberapa pulau di wilayah pesisir Bangladesh.
"Terdapat tempat tinggal untuk sekurang-kurangnya lima juta orang dan terdapat pasukan perubatan, pasukan operasi penyelamat, pengawal pantai dan tentera laut telah bersiap sedia di kawasan pesisir," katanya.