Utusan khas hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar mendesak Asean mempercepatkan penyelesaian kemelut etnik di negara berkenaan.
Tomas Ojea Quintana, khuatir mengenai konflik bersenjata di utara Kachin dan kekacauan etnik yang berlaku di barat Rakhine.
Perkara itu disuarakan ketika beliau mengakhiri misi lima harinya ke Myanmar.
Dalam kunjungan berkenaan, Quintana turut melawat khemah pelarian di utara Kachin.
Quintana berkata, “Sepanjang tahun-tahun konflik di negeri Kachin penggunaan periuk api meluas oleh kedua-dua belah pihak dan mereka terus menyebabkan kematian dan kecederaan kepada orang awam serta trauma psikologi yang teruk kepada masyarakat.”
Mengulas mengenai ketegangan etnik di Rakhine, beliau mengakui masih wujud ancaman dan penderaan ke atas masyarakat Islam Rohingya daripada penduduk beragama Buddha.
Keadaan diburukkan lagi apabila usaha untuk menyalur bantuan perubatan tempatan dan antarabangsa kepada berpuluh ribu mangsa konflik tidak dapat dilakukan.