TEHRAN: Sekatan dikenakan Amerika Syarikat terhadap Iran kini memberi kesan kepada ekonomi republik itu.
Wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mendedahkan ia memburukkan situasi kemanusiaan di negara teluk Parsi berkenaan.
Menurut Alena Douhan, sekatan menjejaskan kumpulan eksport utama Iran, bank dan juga beberapa syarikat serta individu.
Ini termasuk pengeluaran makanan dan sektor farmaseutikal.
Keadaan ini mendorong kepada inflasi, peningkatan kemiskinan dan kekurangan sumber untuk memenuhi keperluan asas rakyat berpendapatan rendah serta kumpulan rentan lain.
"Sekatan secara unilateral, sekatan tambahan dan ancaman sekatan, polisi dan pematuhan berkaitan sekatan telah memburukkan situasi kemanusiaan di Iran," katanya.
Sehubungan itu beliau meminta negara yang melaksanakan sekatan unilateral ke atas Iran, terutamanya Amerika Syarikat untuk menarik semula sekatan berkenaan.
Amerika Syarikat menarik diri daripda perjanjian nuklear di bawah pentadbiran bekas Presiden Donald Trump pada 2018.
Ia kemudian kembali laksana sekatan ke atas republik itu.
Sehingga kini rundingan untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear berkenaan masih belum membuahkan hasil.
Astro Awani
Wed May 18 2022
Keadaan ini mendorong kepada inflasi, peningkatan kemiskinan dan kekurangan sumber untuk memenuhi keperluan asas rakyat berpendapatan rendah serta kumpulan rentan lain. - Foto REUTERS
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kualiti udara makin memburuk, kabus tebal selubungi utara India
Penduduk di utara India, termasuk ibu negara Delhi, terus berdepan kualiti udara yang sangat buruk sejak Ahad.
AS sekat 6 syarikat Malaysia atas dakwaan kaitan dengan sektor pembuatan Rusia
Jabatan Negara AS memaklumkan, hampir 400 entiti dan individu telah dikenakan sekatan kerana membolehkan Rusia "melaksanakan perang haramnya".
Iran kecam sekatan baharu AS, anggap tidak sah
Baghei mempertahankan serangan Iran ke Israel sebagai sah dan menegaskan haknya untuk bertindak balas terhadap sekatan baharu itu.
Iran sambung semula operasi penerbangan
Televisyen negara melaporkan, semua penerbangan domestik dan antarabangsa disambung semula pada Isnin.
Kepungan Israel sekat 83 peratus bantuan makanan ke Gaza - Data terbaharu
Hidangan makanan bagi penduduk telah berkurangan daripada dua kali sehari kepada sekali sehari.
Negara Barat tidak boleh paksa Iran ikut kehendak mereka dengan kenakan sekatan - Menteri Luar
Tehran bersedia untuk terlibat dalam dialog yang saling menghormati, bukannya ancaman dan tekanan.
Penerbangan terus ke Bali ditunda - Duta Rusia
Syarikat penerbangan Rusia telah menyatakan kesediaan mereka untuk menghantar pesawat mereka ke Indonesia.
Indonesia lancar tindakan tegas terhadap judi dalam talian, sekat hampir 3 juta laman sesawang
Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia telah melancarkan kempen besar-besaran terhadap perjudian dalam talian.
Pakar hak asasi manusia PBB seru Israel dikenakan sekatan sehingga ia patuhi keputusan ICJ
Masyarakat antarabangsa diseru kenakan sekatan terhadap Israel dan menggantung hubungan diplomatik dengannya sehingga ia patuhi keputusan ICJ.
Beijing kecam tindakan AS menambah 37 lagi entiti China ke dalam senarai hitam
China sentiasa menentang keras tindakan AS yang menyalahgunakan alat kawalan eksport, termasuk senarai entiti, untuk menekan syarikat-syarikat China.