Pasukan penyelamat pada Rabu menemui bangkai pesawat yang membawa 23 penumpang dan anak kapal yang hilang di kawasan pergunungan di Nepal, kata Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Penerbangan Awam, Aananda Prasad Pokharel.
Kata beliau, pesawat jenis Twin Otter ditemui di daerah barat Myagdi dengan mayat-mayat yang bergelimpangan di kawasan itu.
"Bangkai pesawat itu ditemui dalam keadaan terbakar di Solighopte di daerah Myagdi.
"Pasukan itu ada mengatakan bahawa mayat bergelimpangan dan ia proses mengenal pasti mayat tidak boleh dilakukan sekarang.
"Lebih banyak agensi keselamatan juga sedang digerakkan dan kami sedang mencuba untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya.
Pihak polis Nepal juga mengesahkan bahawa semua penumpang dan anak kapal terkorban dalam insiden berkenaan.
Tentera telah mengerahkan sebuah helikopter dan satu pasukan yang akan berjalan kaki untuk ke Myagdi, sebuah daerah pergunungan sekitar 220 kilometer (160 batu) barat Kathmandu, selepas penduduk tempatan melaporkan melihat bangkai yang berkemungkinan pesawat Tara Air.
Syarikat penerbangan itu berkata pesawat itu membawa tiga anak kapal dan 20 penumpang - seorang warga China dan seorang warga Kuwait, manakala penumpang yang lain adalah warga Nepal dan dua adalah kanak-kanak.
Angka awal sebelum ini adalah 18 penumpang.
Tara Air berkata pesawat Twin Otter telah terputus hubungan dengan kawalan trafik udara lapan minit selepas berlepas dari bandar pelancongan Pokhara pada awal Rabu.
Perjalanan sepatutnya mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Satu kenyataan di laman web mereka berkata keadaan cuaca baik ketika pesawat berlepas ke Jomsom, sebuah destinasi pendali gunung popular di Himalaya.
"Keadaan cuaca di kedua-dua lapangan terbang adalah baik dan mendapat kelulusan untuk berlepas oleh menara kawalan di Pokhara,” kata kenyataan itu.
Tara Air adalah anak syarikat Yeti Airlines, syarikat penerbangan domestik milik persendirian yang ditubuhkan pada tahun 1998 yang memberikan perkhidmatan ke banyak destinasi jauh di seluruh Nepal.
Agensi
Wed Feb 24 2016

Pasukan penyelamat berkata mayat mangsa bergelimpangan dan proses mengenal pasti mayat tidak boleh dilakukan sekarang.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pasukan penyelamat Nepal temui bangkai pesawat Tara Air
Pasukan penyelamat berkata mayat mangsa bergelimpangan dan proses mengenal pasti mayat tidak boleh dilakukan sekarang.

Pesawat Tara Air dengan 21 penumpang hilang di Nepal
Pesawat jenis Twin Otter itu berlepas dari bandar Pokhara pagi ini dan dijadualkan tiba di bandar Jomsom.