Hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Itulah ungkapan sesuai buat sepasang suami isteri di China yang masih hidup bahagia walaupun masing-masing kini sudah berusia 100 tahun.

Shi Sifan dan isterinya, Liu Yaogu yang dilahirkan pada 28 Disember 1912 meraikan sambutan ulang tahun bersama itu bersama lima generasi keluarga mereka.

Pasangan berkenaan mengecapi kebahagiaan sebagai suami isteri selama 78 tahun.

Hasil perkongsian hidup selama hampir lapan abad itu, mereka dikurniakan empat orang anak.

Sifan mengakui, persamaan tarikh lahir mereka berdua adalah antara faktor kekuatan hubungan dia dan isterinya.

Jelasnya sehingga kini hubungan mereka tetap rapat dan akan membantu antara satu sama lain dalam banyak urusan kehidupan.

Sebagai contoh, Sifan menjelaskan dia sering memberi penerangan kepada Yaogu yang kini mempunyai masalah penglihatan ketika mereka menonton tv bersama.