SEOUL: Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara, lapor Xinhua.

“Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan,” kata Kweon ketika berucap di Parlimen pada Ahad.

Terdahulu, Ketua Parti Demokratik, Lee Jae-myung, dalam satu sidang akhbar menyeru supaya normalisasi segera dijalankan susulan insiden "pemberontakan" yang merujuk kepada kegagalan pelaksanaan undang-undang tentera awal bulan ini oleh Presiden Yoon Suk-yeol yang bakal menghadapi pendakwaan.

Lee turut mencadangkan agar parlimen dan kerajaan menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara selaras dengan semangat kerjasama pelbagai parti dalam tadbir urus.


-- BERNAMA