BAKU: Parti Baharu Azerbaijan memperoleh majoriti kerusi Parlimen negara itu dalam pilihan raya awal yang diadakan pada Ahad, lapor Xinhua.

Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat, Mazahir Panakhov mengumumkan keputusan itu pada awal Isnin selepas penjumlahan undi melibatkan kira-kira 5,895 pusat mengundi.

Keputusan awal menunjukkan calon-calon daripada Parti Baharu Azerbaijan yang memerintah memenangi kira-kira 68 daripada 125 kerusi Parlimen, berdasarkan 91 peratus daripada jumlah undi yang dikira.

Sebahagian besar baki kerusi itu pula dimenangi oleh parti kecil dan calon Bebas.

Peratusan keluar mengundi ialah 37.27 peratus. - BERNAMA-XINHUA



TAG: Azerbaijan, parlimen, pilihan raya awal, Parti Baharu Azerbaijan