ISTANBUL: Parlimen Eropah pada Khamis meluluskan resolusi menggesa NATO mempelawa Ukraine menyertai pakatan itu selepas perang dengan Rusia berakhir.
"MEP (Ahli Parlimen Eropah) menyeru sekutu NATO untuk menghormati komitmen mereka kepada Ukraine dan memberi laluan untuk Kyiv dijemput menyertai pakatan pertahanan," Agensi Anadolu memetik kenyataan media yang dikeluarkan oleh Parlimen Eropah berikutan kelulusan resolusi tersebut.
EU dalam kenyataan itu memaklumkan negara anggotanya, bersama-sama dengan NATO dan rakan kongsi "sefahaman" mesti bekerjasama rapat dengan Ukraine untuk mewujudkan rangka kerja sementara bagi jaminan keselamatan berkenaan Kyiv.
Ahli Parlimen Eropah menegaskan bahawa ia akan dilaksanakan sejurus selepas perang Rusia-Ukraine, sambil menambah bahawa negara anggota mesti bekerjasama dengan Ukraine berkaitan hal itu sehingga Kyiv mencapai keanggotaan penuh.
"Parlimen menekankan bahawa integrasi Ukraine dalam NATO dan EU akan meningkatkan keselamatan serantau dan global serta mengukuhkan ikatan antara Ukraine dan komuniti Euro-Atlantik," menurut kenyataan itu.
Ahli Parlimen Eropah menjangkakan "proses penyertaan akan bermula selepas perang tamat dan dimuktamadkan secepat mungkin," serta "laluan yang jelas" untuk penyertaan EU Kyiv.
Parlimen Eropah juga mengecam kemusnahan empangan Kakhovka di selatan Ukraine, menyebutnya sebagai "jenayah perang" yang mengakibatkan "bencana alam sekitar" dan "ekosid," menurut kenyataan itu.
Ia menuduh Rusia mendalangi letupan empangan itu dengan menyatakan Ahli Parlimen berkata "semua mereka yang bertanggungjawab untuk jenayah perang, termasuk memusnahkan empangan akan dipertanggungjawabkan selaras dengan undang-undang antarabangsa."
Awal minggu lalu, darurat diisytiharkan di kedua-dua belah kawasan empangan Kakhovka di wilayah Kherson di selatan Ukraine selepas ia pecah - sebahagiannya dikawal oleh Rusia dan sebahagian lagi oleh Ukraine.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2023
![Parlimen Eropah lulus resolusi gesa NATO pelawa Ukraine sertai blok pertahanan Parlimen Eropah lulus resolusi gesa NATO pelawa Ukraine sertai blok pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686888672_TBEuropeanParliamen.jpg)
Parlimen Eropah pada Khamis meluluskan resolusi menggesa NATO mempelawa Ukraine menyertai pakatan itu selepas perang dengan Rusia berakhir. -Reuters
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Ketua konservatif EU mahu kenakan tarif jika AS laksana tarif ke atas EU Ketua konservatif EU mahu kenakan tarif jika AS laksana tarif ke atas EU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734647524_tbEuropeanUnionfla.jpg)
Ketua konservatif EU mahu kenakan tarif jika AS laksana tarif ke atas EU
Parlimen Eropah digesa bertindak balas jika Amerika Syarikat mengenakan tarif import yang lebih tinggi terhadap Kesatuan Eropah (EU).
![Pilihan Raya Parlimen Eropah bermula dengan pembukaan pusat mengundi Belanda Pilihan Raya Parlimen Eropah bermula dengan pembukaan pusat mengundi Belanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717688083_TBDutchvote.jpg)
Pilihan Raya Parlimen Eropah bermula dengan pembukaan pusat mengundi Belanda
Sebanyak 720 Ahli Parlimen Eropah (MEP) akan dipilih, dengan 31 kerusi diperuntukkan kepada Belanda.
![Pilihan raya Parlimen Eropah bakal berlangsung 6 hingga 9 Jun 2024 Pilihan raya Parlimen Eropah bakal berlangsung 6 hingga 9 Jun 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673955435_UrsulavonderLeyen.jpg)
Pilihan raya Parlimen Eropah bakal berlangsung 6 hingga 9 Jun 2024
Wakil daripada 27 negara-negara anggota EU yang bermesyuarat di Brussels 'baru meluluskan' tarikh berkenaan.
![Parlimen Eropah cadang larang produk diperbuat oleh buruh paksa Parlimen Eropah cadang larang produk diperbuat oleh buruh paksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633685714_kesatuaneropahEU.jpg)
Parlimen Eropah cadang larang produk diperbuat oleh buruh paksa
Resolusi akan dibuat bagi mengikuti penggubalan peraturan EU baharu mengenai produk yang dibuat atau dikendalikan oleh buruh paksa.
![Disneyland Paris sahut seruan hijau, tiada lagi penyedut minuman plastik Disneyland Paris sahut seruan hijau, tiada lagi penyedut minuman plastik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41555345254_Disneyland.jpg)
Disneyland Paris sahut seruan hijau, tiada lagi penyedut minuman plastik
Disneyland Paris yang menerima kedatangan 15 juta pengunjung setahun, menghasilkan 19 tan sisa buangan pada tahun lalu.
![Malaysia, Indonesia bekerjasama lindungi industri minyak sawit Malaysia, Indonesia bekerjasama lindungi industri minyak sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71533898710_LADANGSAWIT.jpg)
Malaysia, Indonesia bekerjasama lindungi industri minyak sawit
Januari lalu, Parlimen Eropah mengundi untuk menghentikan secara berperingkat biodiesel yang menggunakan minyak sawit menjelang 2021.