LONDON: Sekumpulan Ahli Parlimen United Kingdom (UK) menyeru gencatan senjata dalam perang Israel ke atas Gaza.
Situasi bagaimanapun bertukar kecoh di Parlimen selepas berpuluh-puluh wakil keluar dari Dewan Rakyat sebagai protes mengenai cara undian dikendalikan yang dikatakan condong menyebelahi tindakan kejam Israel.
Perbahasan di Parlimen telah dimulakan oleh parti pembangkang Scottish National Party (SNP), yang mengemukakan usul meminta gencatan senjata segera dimeterai.
Parti Buruh dan Konservatif, yang kedua-duanya menyokong Israel menyatakan kebimbangan terhadap tindakan rejim Zionis di Gaza, kemudian mencadangkan pindaan, dengan syarat berbeza di mana mereka katakan perlu ada jeda dalam pertempuran.
Namun Speaker, Lindasay Hoyle telah memilih kedua-dua pindaan itu untuk diundi.
Ia dilihat sebagai satu langkah yang boleh menyebabkan menyebabkan 'krisis perlembagaan', apabila melanggar kes duluan di mana mana-mana parti pembangkang tidak boleh mengubah usul pihak lain yang biasanya, hanya pindaan kerajaan akan dipilih.
Ketua Dewan Rakyat Kerajaan, Penny Mordaunt berkata Hoyle telah menjejaskan Parlimen dan kerajaan menarik diri daripada prosiding.
Keputusan Hoyle bermakna Ahli Parlimen Buruh boleh mengundi rancangan parti mereka sendiri dan mengelak daripada menentang kepimpinan mereka dengan menyokong usul SNP.
Semasa kekecohan itu, pindaan Buruh akhirnya diluluskan secara lisan, tanpa undian rasmi di mana pandangan Ahli Parlimen individu direkodkan dengan tidak adil.
Walaupun keputusan itu tidak mengikat kerajaan Britain, ia berpotensi menimbulkan masalah kepada tindakan Israel atau Palestin.
Duta Palestin ke Britain, Hasam Zumlot dalam pada itu berkata situasi di Parlimen Britain adalah memalukan.
Kepadanya, politik Britain berada pada tahap yang paling teruk kerana ahli politik hanya cuba menyelamatkan diri mereka, bukannya menyelamatkan seluruh negara.
Dalam pada itu beratus-ratus penunjuk perasaan di luar Parlimen menuntut Ahli Parlimen menyokong gencatan senjata semasa perbahasan berlangsung.
Kepimpinan Buruh berkata mereka enggan menyokong usul SNP kerana ia mengutuk "hukuman kolektif" rakyat Palestin dan ia tidak menyatakan bahawa gencatan senjata mesti dipatuhi oleh Israel dan Palestin.
Pemimpin Buruh itu pada mulanya memberi sokongan penuh kepada Israel ketika ia memulakan tindakan balas tenteranya.
Tetapi Ahli Parlimen Buruh dan ahli parti telah meningkatkan tekanan ke atas kepimpinan untuk menyokong gencatan senjata segera.
Ahli Konservatif yang mentadbir dan SNP meninggalkan dewan perbahasan sebagai protes dan ada yang cuba mengambil langkah mengadakan prosiding secara tertutup.
Hoyle akhirnya memohon maaf dan berkata beliau telah membuat keputusan untuk membenarkan Ahli Parlimen mengundi pandangan kerana beliau bimbang tentang keselamatan mereka selepas ada yang menghadapi ancaman keganasan berhubung pendirian mereka dalam perang.
Parti Buruh, yang dijangka memenangi pilihan raya lewat tahun ini, telah diselubungi oleh konflik dalaman berhubung dasarnya terhadap konflik di Asia Barat lebih-lebih lagi selepas pencerobohan Israel ke atas Gaza.
Astro Awani
Thu Feb 22 2024

Speaker Lindsay Hoyle ketika berucap di Parlimen, - Foto REUTERS

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.

Sekurang-kurangnya 137 terbunuh di Gaza dalam serangan Israel sejak gencatan senjata
Israel dituduh menggunakan sekatan dan kebuluran sebagai taktik pembunuhan perlahan, menyebabkan malapetaka kemanusiaan di Gaza.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Israel bunuh empat rakyat Palestin di Gaza
Dakwa tentera Israel, serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.

Usaha gencatan senjata Gaza berterusan, petanda positif rundingan fasa kedua - Hamas
Hamas mengesahkan bahawa usaha pengantaraan yang diketuai Mesir dan Qatar masih diteruskan bagi memuktamadkan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata dengan Israel.

Bapa meninggal dunia selepas bersatu semula dengan anak dibebaskan dari penjara Israel
Warga Palestin Basem Ibrahim Sabbah meninggal dunia pada Jumaat di ibu negara Mesir, Kaherah hanya beberapa jam selepas bersatu semula dengan anaknya, Ayham (24), yang dibebaskan dari Israel.

PBB: Kelaparan sebagai senjata adalah jenayah perang di Gaza
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB di Palestin menegaskan bahawa Israel mempunyai kewajipan undang-undang untuk memastikan penyediaan keperluan asas kepada penduduk Palestin.

Wanita dihormati setiap hari di Gaza - Sukarelawan Perancis
Wanita Palestin diberikan peranan utama dalam kehidupan," menurut Imane Maarifi, seorang jururawat Perancis berketurunan Maghribi.

Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza, sifatkan sebagai pembersihan etnik - Mohamad
Malaysia menentang keras cadangan untuk mengilhakkan Gaza, menyifatkannya sebagai bentuk "pembersihan etnik" dan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.

Trump sahkan AS 'sedang berbincang dengan Hamas'
Presiden AS Donald Trump mengesahkan bahawa AS sedang mengadakan perbincangan dengan kumpulan Palestin, Hamas berhubung isu tawanan di Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).