MORRISVILLE: Rakaman perbualan panggilan kecemasan 911 yang dibuat oleh Pengawal Trafik Udara di sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa seorang pembantu juruterbang mungkin telah terjun dari pesawat yang rosak baru-baru ini.
Pembantu juruterbang itu, Charles Hew Crooks itu melompat dari sebuah pesawat ringan tanpa memakai peralatan payung terjun sebelum kapal terbang itu mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raleigh-Durham, Morrisville.
Pesawat ringan yang dikendalikan oleh seorang lagi juruterbang mendarat cemas selepas roda kanannya mengalami kerosakan.
Juruterbang tersebut yang namanya tidak didedahkan mengalami kecederaan ringan.
Dia kemudian dihantar ke Hospital Duke sebelum dibenarkan keluar selepas dirawat.
Mayat pembantu juruterbang itu ditemui di belakang rumah di bandar Fuquay-Varina, tidak jauh dari lapangan terbang tersebut.
Dia melompat dari ketinggian 1,066 meter.
BACA: Insiden juruterbang maut jatuh dari pesawat disiasat
Rakaman perbualan itu telah didedahkan oleh media AS dan para penyiasat belum mengesahkan sama ada Crooks sengaja melompat dari pesawat tersebut.
Siasatan pihak berkuasa tentang kejadian itu masih berlangsung. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Sun Aug 07 2022
Rakaman perbualan itu telah didedahkan oleh media AS dan para penyiasat belum mengesahkan sama ada Crooks sengaja melompat dari pesawat tersebut. - Foto WRAL
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Tiga lelaki cedera ringan terkena impak letupan semasa isi gas pendingin hawa
Tiga lelaki cedera ringan selepas terkena impak letupan semasa melakukan kerja-kerja pengisian gas penyaman udara di sebuah kompleks beli-belah di Chow Kit di sini kira-kira 3 petang tadi.
Tak sempat rai hari jadi, pemuda 24 tahun maut lori terjunam dalam laut
Tiga hari lagi untuk menyambut hari lahir yang ke-24, seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terjunam ke dalam laut berhampiran Pelabuhan Barat di sini pada Ahad.
25 individu terperangkap akibat kejadian kepala air
Seramai 25 individu terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Gombak, tengah hari Ahad.
Lelaki warga China lemas jatuh dari tongkang besi
Seorang pekerja warga China ditemukan lemas selepas terjatuh dari tongkang besi ketika menjalankan kerja-kerja di laut dalam kejadian di perairan berhampiran Pulau Tikus, di sini hari ini.
Cuaca panas: JBPM Melaka kenal pasti 30 kawasan berisiko pembakaran terbuka
JBPM Melaka kenal pasti 30 lokasi kawasan berisiko alami pembakaran terbuka, susulan cuaca panas atau fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.
Tiga lemas mandi di kolam latihan tentera
Dua kanak-kanak lelaki dan seorang remaja lelaki lemas selepas mandi di kolam latihan kereta kebal di sebuah kem tentera di Temerloh dekat sini hari ini.
Ambulans dalam perjalanan ambil pesakit terlibat kemalangan
Sebuah ambulans yang dalam perjalanan mengambil pesakit di sebuah rumah, terlibat dalam kemalangan dengan kereta jenis Perodua Kancil dalam kejadian di KM 6.6 Jalan Pantai, Port Dickson.
SAR remaja dikhuatiri lemas di Teluk Senangin disambung esok
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Senangin, Lumut ditangguhkan hari ini dan akan disambung esok.
JBPM terima 1,595 panggilan kecemasan lemas dalam tempoh lima tahun
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima sejumlah 1,595 panggilan kecemasan, bagi kes lemas untuk tempoh lima tahun mulai 2018 hingga 2022.
Sepuluh terselamat, bot terbakar di Teluk Tokyo Jepun
Seramai sepuluh orang berjaya diselamatkan selepas sebuah bot yang dinaiki terbakar di Teluk Tokyo pada Rabu, menurut Pengawal Pantai Jepun.