Barisan pemimpin Palestin memohon sokongan Liga Arab untuk memfailkan aduan dan saman yang akan digunakan terhadap Britain berikutan pemeteraian Deklarasi Balfour 1917 yang menyebelahi kependudukan Yahudi di Palestin.
“Hampir sekurun berlalu sejak 1917,” kata Menteri Luar Palestin Riyad al-Malki dalam mesyuarat bersama Liga Arab di Mauritania pada Selasa.
Agensi berita AFP melaporkan, al-Malki menambah, persetujuan tersebut telah menjejaskan rakyat Palestin sejak sekian lama.
“Atas dasar perjanjian yang dibuat oleh pihak yang tidak memiliki tanah, kepada pihak yang tidak layak memilikinya, ratusan ribu Yahudi dari Eropah dan tempat-tempat lain memasuki Palestin dan menindas rakyat kami.
“Rakyat Palestin sudah beberapa milenia menghuni tanah ini daripada susur-galur sebelumnya,” katanya dalam ucapan bagi pihak Presiden Mahmud Abbas.
Al-Malki bagaimanapun tidak menyatakan saluran proses aduan itu akan dibuat.
Ketua Kementerian Luar Israel, Dore Gold, melalui akaun Twitternya menyifatkan usaha itu sebagai ‘tindakan terdesak untuk menafikan hak Israel’.
Pada tahun 2012, Palestin diiktiraf sebagai negara pemerhati di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pada 2015, Palestin telah merujuk kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk secara rasmi meminta agar jenayah Israel sepanjang perang Gaza pada tahun 2014 disiasat.
Deklarasi Balfour dimeterai pada 2 November 1917 oleh Setiausaha Luar British, Arthur Balfour yang antara lain bersetuju membuka tanah Palestin untuk kemasukan orang Yahudi.
Ia adalah langkah awal dalam pembentukan ‘negara’ Israel pada 1948.
Agensi
Tue Jul 26 2016
Kemasukan orang Yahudi ke tanah Palestin membawa 'malapetaka' teruk kepada rakyat asal. - Gambar fail
Reformasikan UNSC, pastikan lebih inklusif - PM Anwar
Struktur semasa UNSC sangat tidak adil kerana perlu ada wakil dari Amerika Latin dan Afrika, tegas Anwar.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
India denda Meta AS$25.4 juta kerana amalan perniagaan tidak adil
Suruhanjaya Persaingan India arah Meta agar WhatsApp tidak berkongsi data pengguna dengan syarikat atau produk lain dalam kumpulan teknologi AS itu untuk tujuan pengiklanan selama lima tahun.
Ringgit meningkat berikutan dolar AS alami pembetulan
Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar AS yang lemah berikutan Indeks Dolar AS (DXY) mengalami pembetulan.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Sidang Kemuncak G20: PM Anwar ‘jentik’ negara kaya, kritik ‘dasar yang tersasar’
Anwar kritik -dasar tersasar- negara kaya yang memperuntukkan dana besar untuk senjata dan peperangan, berbanding memenuhi keperluan asas manusia.
Isu kesesakan di BSI, KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menteri Dalam Negeri ditanya mengenai inisiatif dan langkah yang telah dan akan dilaksanakan bagi menangani kesesakan di BSI dan KLIA.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
'Kecam, kutuk tidak cukup henti jenayah perang Israel'
Palestin mengecam komuniti antarabangsa yang gagal dalam memastikan undang-undang antarabangsa dikuatkuasakan bagi menghentikan perang kemusnahan di Gaza.
Menteri Luarnya menerusi ciapan di X berkata, kenyataan mengecam dan kutukan semata-mata tidak mencukupi ketika peningkatan jenayah perang Israel terus meningkat.
Menteri Luarnya menerusi ciapan di X berkata, kenyataan mengecam dan kutukan semata-mata tidak mencukupi ketika peningkatan jenayah perang Israel terus meningkat.
Wanita maut diserang roket dari lubnan di Israel
Seorang wanita maut dan beberapa individu lain cedera pada Isnin apabila sebuah roket mengenai sebuah bangunan di bandar Shfaram, utara Israel.
Perkara itu disahkan perkhidmatan ambulans Israel.
Perkara itu disahkan perkhidmatan ambulans Israel.
Malaysia sambut baik keputusan ICJ dalam kes genosid Israel
Malaysia menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel di bawah Konvensyen Genosid 1948.
Palestin mahu saman Britain atas perjanjian 1917 bersama Yahudi
Menteri Luar Palestin Riyad al-Malki berkata persetujuan tersebut telah menjejaskan rakyat Palestin sejak sekian lama.