NEW DELHI: Pakistan dan Iran menggesa usaha bersepadu oleh negara-negara Islam bagi menamatkan kekejaman Israel di Palestin.
Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Presiden Pakistan Arif Alvi menerusi perbualan telefon pada Rabu membincangkan genosid yang dilakukan tentera Israel di Gaza.
Kedua-dua pemimpin itu menegaskan bahawa negara-negara Islam perlu menyelaraskan usaha demi menamatkan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan yang terus berlanjutan di Gaza, menurut pejabat Alvi dalam hantaran di media sosial.
Tindakan bersama itu boleh memberi tekanan kepada rejim Israel, menurut kenyataan Raisi.
Dalam pada itu, kedua-dua pemimpin turut mengkritik kegagalan organisasi antarabangsa, termasuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam mempertahankan rakyat Palestin daripada serangan Israel.
Mereka bersetuju bahawa "usaha perlu dilakukan bagi mengubah struktur organisasi antarabangsa dan umat Islam mesti menjadi perintis dalam bidang ini," menurut kenyataan Iran.
Sementara itu, Presiden Maldives Mohamed Muizzu dalam satu kenyataan pada Rabu turut mengecam kegagalan Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil langkah tegas menamatkan penderitaan di Gaza.
Muizzu berkata veto terhadap resolusi yang menyeru gencatan senjata telah mengakibatkan masyarakat dunia "mempersoalkan nilai kemanusiaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu".
Beliau mengulangi gesaan Maldives kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menyiasat kemungkinan jenayah perang yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.
Washington memveto resolusi Majlis Keselamatan PBB pada 18 Okt yang menggesa "jeda kemanusiaan" bagi menyampaikan bantuan kepada 2.3 juta penduduk Gaza yang terkepung.
Pada 8 Dis, AS turut memveto satu lagi resolusi Majlis Keselamatan yang menggesa "gencatan senjata kemanusiaan segera".
Ketika situasi di Gaza semakin meruncing, Majlis Keselamatan pada Rabu sekali lagi menangguhkan mesyuarat bagi membincangkan gesaan terhadap "jeda kemanusiaan segera".
Angka kematian di Gaza telah melepasi 20,000 termasuk 8,000 kanak-kanak dan 6,200 wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
![Pakistan, Iran gesa usaha bersepadu negara Islam hentikan serangan Israel Pakistan, Iran gesa usaha bersepadu negara Islam hentikan serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703129200_TBIsraelPalestini.jpg)
Kepulan asap dilihat di Rafah susulan serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza. - Foto AP
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720367469_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
![Atlet Palestin bersemangat sertai sukan Olimpik 2024 Atlet Palestin bersemangat sertai sukan Olimpik 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718708467_jibrilrajoub.jpg)
Atlet Palestin bersemangat sertai sukan Olimpik 2024
Jibril Rajoub menegaskan keazaman para atlet Palestin untuk menyertai kejohanan berkenaan meskipun berdepan kesukaran.
![Delegasi OIC ke Selatan Thailand lihat gambaran sebenar masyarakat pelbagai agama hidup bersama Delegasi OIC ke Selatan Thailand lihat gambaran sebenar masyarakat pelbagai agama hidup bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718295228_TBOIC.jpg)
Delegasi OIC ke Selatan Thailand lihat gambaran sebenar masyarakat pelbagai agama hidup bersama
Dengan meneliti situasi sebenar di selatan Thailand, negara-negara OIC dapat mempelajari lebih lanjut tentang kehidupan masyarakat pelbagai agama.
![Pemimpin Islam Selatan Thailand minta delegasi OIC wujud polisi keamanan negara Islam Pemimpin Islam Selatan Thailand minta delegasi OIC wujud polisi keamanan negara Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718187252_MasjidJamekPattani.jpg)
Pemimpin Islam Selatan Thailand minta delegasi OIC wujud polisi keamanan negara Islam
Polisi keamanan berkenaan perlu ada satu resolusi dan jalan penyelesaian untuk mencapai keamanan.
![Malaysia komited tingkatkan peranannya dalam hal ehwal antarabangsa - PM Anwar Malaysia komited tingkatkan peranannya dalam hal ehwal antarabangsa - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684330291_TBanwaribrahim.jpg)
Malaysia komited tingkatkan peranannya dalam hal ehwal antarabangsa - PM Anwar
Anwar berkata, dalam mencapai aspirasi itu negara memerlukan tenaga profesional yang kompeten di Kementerian Luar.
![Jangan benci pada Rohingya yang jadi mangsa kezaliman - Dr Mahathir Jangan benci pada Rohingya yang jadi mangsa kezaliman - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61572511395_UNGA.jpg)
Jangan benci pada Rohingya yang jadi mangsa kezaliman - Dr Mahathir
Kita sepatutnya kecam Myanmar dan Aung San Suu Kyi kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka.
![OIC gerakkan usaha bantu pelarian Rohingya - Iyad Ameen OIC gerakkan usaha bantu pelarian Rohingya - Iyad Ameen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/51407163668_295x200.jpg)
OIC gerakkan usaha bantu pelarian Rohingya - Iyad Ameen
OIC menggerakkan usaha untuk menguruskan aspek politik dan kemanusiaan membabitkan pelarian Rohingya sebagai sebahagian kempen untuk menyokong minoriti Islam yang ditindas di Myanmar.
![Malaysia pembekal utama peralatan perubatan dalam kalangan negara OIC Malaysia pembekal utama peralatan perubatan dalam kalangan negara OIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/41375714651_295x200.jpg)
Malaysia pembekal utama peralatan perubatan dalam kalangan negara OIC
Malaysia adalah pembekal utama peralatan perubatan hospital dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Perlu lebih proaktif dalam OIC
Kedudukan geografi Malaysia yang jauh dari negara-negara dilanda konflik, bukan alasan bantuan tidak dapat diberikan.