CHICAGO: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat yang menghidapi penyakit jantung menerima jantung babi yang diubah suai secara genetik menerusi pembedahan pertama seumpanya di dunia.
Memetik laporan antarabangsa, pasukan doktor pada Isnin berkata, pesakit itu kini dalam keadaan stabil tiga hari selepas pembedahan dijalankan.
Pembedahan tersebut yang dijalankan oleh pasukan perubatan di Universiti Perubatan Maryland adalah yang pertama kali dilakukan menggunakan kaedah pemindahan jantung babi kepada manusia.
Ia sekali gus merekodkan kejayaan pertama dalam bidang tersebut yang memungkinan pembedahan pemindahan organ kaedah baharu.
Sekiranya ia terbukti berkesan, para saintis berharap organ babi dapat mengurangkan isu kekurangan bekalan organ yang didermakan.
Dalam satu kenyataan, Dr Bartley Griffith, antara doktor yang turut serta dalam pembedahan tersebut berkata, ini adalah pembedahan luar biasa.
"Ini merupakan pembedahan luar biasa dan membawa kita kepada satu lagi usaha lebih pantas untuk mengurangkan masalah kekurangan bekalan organ yang didermakan.
"Ketika ini kita tidak mempunyai bekalan organ yang mencukupi terutamanya jantung manusia untuk diberikan kepada pesakit yang amat memerlukan.
"Kami sedang memantau rapi pembedahan ini, namun kami juga optimis pembedahan seumpanya, yang pertama kali dilakukan ini, akan membuahkan pilihan baharu buat pesakit pada masa akan datang," jelasnya.
Difahamkan, pesakit yang menerima jantung babi itu merupakan David Bennter dari Maryland, 57, yang terpaksa akur dengan keputusan pembedahan tersebut memandangkan ia adalah pilihan terakhir buat dirinya.
"Ia sama ada saya mati atau melakukan pemindahan jantung ini. Saya mahu meneruskan kehidupan. Saya tahu ia merupakan peluang yang agak tipis, tapi ini adalah pilihan terakhir buat saya.
Untuk rekod, pembedahan ini turut diluluskan secara kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).
Astro Awani
Tue Jan 11 2022
Pembedahan tersebut yang dijalankan oleh pasukan perubatan di Universiti Perubatan Maryland adalah yang pertama kali dilakukan menggunakan kaedah pemindahan jantung babi kepada manusia. - Foto REUTERS
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pakar bedah AS berjaya lakukan pemindahan jantung babi kepada manusia
Pesakit kini dalam keadaan stabil tiga hari selepas pembedahan dijalankan.