RAMALLAH: Pihak Berkuasa Palestin (PA) pada Isnin menyifatkan operasi ketenteraan Israel yang berterusan di bandar Jenin Tebing Barat sebagai "jenayah perang baharu" terhadap rakyat Palestin, lapor Agensi Anadolu.
Sembilan rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Tebing Barat, termasuk tujuh di Jenin pada Isnin, manakala 27 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan.
"Apa yang dilakukan oleh kerajaan Israel di bandar Jenin dan kemnya adalah jenayah perang baharu terhadap rakyat kita," kata jurucakap PA Nabil Abu Rudeineh dalam satu kenyataan.
"Rakyat Palestin tidak akan menyerah atau mengibarkan bendera putih, tetapi akan tetap teguh mempertahankan tanah mereka dalam menghadapi pencerobohan kejam ini sehingga kebebasan dicapai," katanya.
Jurucakap tentera Israel Daniel Hagari mendakwa operasi ketenteraan itu tertumpu kepada kem pelarian Jenin.
Menurut sumber, lebih 1,000 tentera terlibat dalam operasi Jenin.
Abu Rudeineh juga menyeru masyarakat antarabangsa "untuk tidak berdiam diri dan mengambil tindakan serius memaksa Israel menghentikan pencerobohannya terhadap rakyat Palestin, dan memaksa mereka bertanggungjawab atas semua jenayah ini."
Kementerian Luar Palestin menyifatkan operasi Jenin sebagai "pencerobohan biadab", dan mendakwa ia sebahagian daripada dasar rasmi Israel "menggunakan kekuatan tentera sebagai alternatif penyelesaian konflik."
Kementerian itu menggesa masyarakat antarabangsa untuk "menghentikan serta-merta pencerobohan," dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa "mula bertindak dan memnta Israel bertanggungjawab terhadap jenayah perang", lapor Agensi Anadolu.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini di tengah-tengah serbuan Israel ke bandar-bandar Palestin.
Hampir 190 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel sejak awal tahun ini, menurut Kementerian Kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini di tengah-tengah serbuan Israel ke bandar-bandar Palestin. - Foto AP
Selangor tubuh Pasukan Petugas Semikonduktor
Ia sebagai langkah penting ke arah mencapai matlamat menjadi hab reka bentuk cip global dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kerajaan kenakan duti anti lambakan sementara import PET dari China, Indonesia
Menurut MITI, penyiasatan duti anti lambakan import PET yang berasal atau dieksport dari negara tersebut dimulakan pada 9 Ogos 2024.
PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra pada Selasa menyangkal khabar angin mengenai kemungkinan berlaku rombakan kabinet dan menegaskan bahawa parti-parti gabungan masih kekal bersatu.
KPDN Kedah serbu premis pemborong diesel di Bukit Kayu Hitam
Serbuan dilakukan tujuh anggota penguat kuasa kira-kira 12 tengah hari selepas risikan dijalankan selama dua minggu.
Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.
AWANI Tonight 7 Jan 2025
AWANI Tonight with @Hafiz_Marzukhi
1. S-SEZ: Ensuring cross-border business growth over next decade
2. Nearly 100 dead as magnitude 7.1 earthquake hits Tibet
1. S-SEZ: Ensuring cross-border business growth over next decade
2. Nearly 100 dead as magnitude 7.1 earthquake hits Tibet
AWANI Ringkas: JDT dan PSG jalin kerjasama perluas pembangunan strategik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.
AWANI Tonight: S. Korea: Minister to resign over country's worst air crash
South Korea’s Transport Minister has announced plans to resign following the tragic Jeju Air crash on December 29, which claimed 179 lives.
AWANI Tonight: JS-SEZ: Boosting cross-border business growth
Thilan Wickramasinghe from Maybank Securities Singapore shares insights on how businesses from Malaysia and Singapore can thrive through the Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ).
Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria
Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria.
Tiga konvoi bantuan ke UAE tiba di Gaza dalam operasi Chivalrous Knight 3
Tiga konvoi bantuan kemanusiaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) memasuki Semenanjung Gaza minggu ini melalui Pintu Sempadan Rafah di Mesir.
Serangan udara Israel di Tebing Barat melampaui batas - PBB
Laporan turut mendedahkan 2024 mencatatkan jumlah tertinggi rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal di Tebing Barat dalam hampir dua dekad.
Tentera Israel kepung Hospital Indonesia di Gaza, arah segera dikosongkan
Tentera pendudukan Israel telah mengepung Hospital Indonesia di Beit Lahiya, utara Gaza dan menuntut premis itu segera dikosongkan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
GPM Malaysia lancar rayuan bantuan musim sejuk, sasar raih RM1 juta untuk Gaza, Syria
GPM menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta sehingga 15 Januari depan untuk menyediakan barangan keperluan asas seperti selimut, pakaian musim sejuk, alat pemanas, bahan bakar, dan bekalan makanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Amnesty International desak Israel bebaskan petugas kesihatan yang ditahan
Organisasi itu menegaskan bahawa Israel mesti segera membebaskan semua rakyat Palestin yang ditahan secara sewenang-wenangnya, terutama petugas kesihatan.
Israel bakar Hospital Kamal Adwan di utara Gaza
Pasukan Israel membakar Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia, utara Gaza, hospital terbesar di kawasan itu yang memberi perkhidmatan kepada lebih 400,000 penduduk, pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.