Singapura akan menjadi salah satu daripada empat pejabat baharu OpenAI di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman berkata, Singapura telah muncul sebagai peneraju dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
"OpenAI teruja untuk bekerjasama dengan kerajaan dan ekosistem AI yang berkembang pesat di negara tersebut sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan ke rantau ini," kata beliau ketika pada Tech Week Singapore, di sini.
Di samping itu, permintaan yang semakin meningkat terhadap alat AI yang canggih di rantau Asia-Pasifik turut mendorong pengembangan ini.
Selain itu, OpenAI akan mengambil antara lima hingga sepuluh jawatan di Singapura sebelum akhir tahun ini.
"Ini merupakan langkah penting dalam usaha untuk menyokong pelanggan dan memperkukuh pengaruh di Asia-Pasifik", kata syarikat tersebut.
Selain Singapura, syarikat induk dari California yang terkenal dengan ChatGPT itu juga sedang memperluas operasinya ke Paris, Brussels dan New York.