PERTUBUHAN Kerjasama Islam (OIC) mengalu-alukan kemenangan undi percaya oleh kerajaan perpaduan Libya yang dipimpin Abdelhamid Dbeibah di Parlimen.
Selain mengucapkan tahniah, Setiausaha Agung OIC, Dr Yousef A Al-Othaimeen memberi jaminan bahawa pertubuhan itu akan terus menyokong Libya dan rakyatnya.
"Diharapkan langkah ini akan membuka jalan untuk langkah-langkah selanjutnya menuju perdamaian dan pembentukan asas keamanan, keselamatan, kestabilan dan pembangunan seluruh Libya," katanya dilaporkan agensi antarabangsa.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sebelum ini mengalu-alukan keputusan Parlimen negara itu yang bersetuju membentuk kerajaan perpaduan.
Malah, beliau mengulangi pendirian PBB sebelum ini untuk menyokong rakyat Libya seiring memastikan keamanan dan kestabilan di seluruh negara itu.
Astro Awani
Thu Mar 11 2021

Abdelhamid Dbeibah meraih sokongan di Parlimen sebagai ketua kerajaan perpaduan di Libya. - Foto REUTERS/Esam Omran Al-Fetori

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.

23 maut, 5 cedera kemalangan bas di Libya
Sekurang-kurangnya 23 orang maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di lebuh raya sekitar perkampungan Abu Qurain berhampiran kawasan Al-Loud di timur Libya pada Ahad.

Persahabatan antarabangsa: Indonesia dibelasah Libya
Persiapan Indonesia menjelang saingan Piala Asia bulan ini kelihatan menerima tamparan apabila skuad Garuda itu dibelasah 0-4 oleh Libya.

Banjir: Sekolah di Derna dibuka semula
Pelajar yang sekolah mengalami kerosakan atau musnah akan menumpang sementara di sekolah lain.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Masalah politik di Libya sukarkan bantuan kemanusiaan dihantar - Mercy Malaysia
Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus menjelaskan kemelut politik di Libya itu membuatkan keadaan bertambah teruk.

Libya bagai dilanda garuda
Ribut Daniel yang melanda akhir minggu lalu telah menenggelamkan bandar Derna dan mengakibatkan kemusnahan besar di Libya.

Angka kematian akibat banjir dijangka cecah 20,000 di Derna, Libya
Angka kematian akibat banjir besar yang melanda timur Libya dijangka mencecah 20,000 di bandar Derna sahaja, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Banjir: Doktor Tanpa Sempadan hantar pasukan kecemasan ke Libya
Doktor Tanpa Sempadan (MSF) pada Rabu berkata pertubuhan bantuan itu menghantar pasukan kecemasan ke Libya susulan ribut dahsyat yang mengorbankan ribuan nyawa di timur negara itu.

10,000 orang hilang akibat banjir di Libya - Palang Merah
Kira-kira 10,000 orang hilang selepas banjir besar di Libya, kata ketua pejabat Libya bagi Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.