KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk keras kelulusan Knesset Israel baru-baru ini terhadap rang undang-undang yang menolak penubuhan negara Palestin, menyifatkannya sebagai kesinambungan dasar pendudukan kolonial dan pencabulan hak Palestin.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, OIC menegaskan bahawa tindakan ini mencabar undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan.
OIC mengulangi sokongannya yang tidak berbelah bahagi untuk penyelesaian dua negara dan menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertanggungjawab dalam menamatkan pendudukan Israel.
"Pertubuhan ini menyeru untuk keamanan yang adil, berkekalan dan menyeluruh di rantau ini, membolehkan rakyat Palestin menikmati hak-hak nasional mereka yang sah, termasuk hak untuk kembali, menentukan nasib sendiri dan penubuhan sebuah negara berdaulat merdeka di sepanjang sempadan 4 Jun 1967, dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu kotanya," menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan itu, OIC juga mengecam tindakan menteri Israel yang ekstremis, Itamar Ben-Gvir, yang menceroboh kawasan Masjid Al-Aqsa dengan perlindungan pasukan pendudukan Israel.
Pertubuhan itu menekankan perlunya mempertahankan masjid itu dan mengembalikannya kepada kedaulatan Palestin, menganggapnya sebagai sebahagian daripada wilayah Palestin yang diduduki pada 1967.
OIC turut menyuarakan sokongan untuk usaha Negara Palestin dalam menggerakkan masyarakat antarabangsa dan mengaktifkan mekanisme keadilan antarabangsa untuk menuntut Israel bertanggungjawab atas tindakannya.
Selain itu, pertubuhan itu mengecam percubaan Israel untuk melemahkan status dan peranan Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) dengan menyerang fasiliti dan kakitangannya serta menghalang aktivitinya.
Mengesahkan resolusi daripada sidang kemuncak dan majlis menteri sebelum ini, OIC menggesa kerjasama berterusan dengan negara-negara, organisasi antarabangsa dan entiti lain yang terlibat untuk menghentikan pencerobohan tentera Israel terhadap rakyat Palestin, terutama di Semenanjung Gaza.
Pertubuhan itu menyeru semua negara yang belum mengiktiraf Negara Palestin untuk berbuat demikian dan menyokong usahanya untuk mendapatkan keanggotaan penuh dalam PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024
OIC juga mengecam tindakan menteri Israel yang ekstremis, Itamar Ben-Gvir, yang menceroboh kawasan Masjid Al-Aqsa dengan perlindungan pasukan pendudukan Israel.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Haziq Ahmad Rashidi dengan memijak perut mangsa.
Suspek kes buli UPNM didakwa di bawah seksyen 323
Bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di lokasi Mahkamah Sesyen KL membawakan perkembangan tentang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan didakwa mengikut Sesyen 323 pada Jumaat.
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
RUU Pekerja Gig: Suara pekerja gig
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi mendapatkan pandangan pekerja gig terhadap permintaan pemain industri supaya pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguhkan.
Signifikan penangguhan RUU pekerja gig
Pemain industri gig, termasuk Mohd Dzulkarnean dari GoGet dan Rahman Hussin dari KiddoCare, meminta kerajaan menangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig pada Disember depan untuk memastikan kejayaan inisiatif ini dan menghasilkan RUU yang seimbang.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
Jangan benci pada Rohingya yang jadi mangsa kezaliman - Dr Mahathir
Kita sepatutnya kecam Myanmar dan Aung San Suu Kyi kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka.