KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa siasatan dijalankan terhadap semua jenayah yang dilakukan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
OIC berkata ia bimbang dengan kempen penahanan sewenang-wenangnya yang giat dijalankan oleh rejim itu di wilayah Palestin yang diduduki, yang membawa kepada peningkatan jumlah tahanan kepada lebih 9,500, termasuk 80 tahanan wanita dan lebih 200 kanak-kanak.
Lebih daripada 3,600 adalah tahanan pentadbiran tanpa dakwaan atau perbicaraan dan kira-kira 600 banduan sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup, menurut OIC dalam satu kenyataan sempena Hari Memperingati Tahanan Palestin pada Rabu.
Ia juga memperbaharui kecamannya terhadap amalan pendudukan Israel, sambil menambah bahawa 16 tahanan Palestin telah mati di penjara Israel sejak 7 Okt tahun lepas selain kematian 27 tahanan lain dari Semenanjung Gaza akibat penyeksaan dan pengabaian perubatan.
Dalam mengulangi solidariti dan sokongannya terhadap hak tahanan Palestin, OIC telah menyeru masyarakat antarabangsa dan institusi hak asasi manusia yang kompeten untuk memaksa rejim Israel melayani tahanan Palestin mengikut Konvensyen Geneva, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan semua peruntukan konvensyen antarabangsa yang berkaitan.
Ia menegaskan bahawa hukuman dan penyalahgunaan yang ditanggung oleh tahanan Palestin di penjara Israel adalah pelanggaran terang-terangan terhadap semua undang-undang kemanusiaan antarabangsa termasuk Piagam Hak Asasi Manusia, Peraturan Minimum Standard Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Rawatan Banduan dan instrumen antarabangsa lain yang berkaitan.
Hari Memperingati Tahanan Palestin disambut setiap tahun pada 17 April didedikasikan untuk kebebasan tahanan Palestin dan menyokong hak-hak mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Tentera Israel menggunakan anjing pengesan untuk memburu orang awam Palestin dalam siri genosid rejim itu di Gaza. -Gambar fail/X Quds News Network
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
A.S. Memilih: Anwar ucap tahniah buat Trump, bakal bawa lembaran baharu kerjasama
Anwar turut meluahkan harapan agar AS dapat menggunakan pengaruh mereka untuk menamatkan konflik dan pertumpahan darah di Palestin dan Ukraine.
Malaysia terbuka bekerjasama dengan Palestin pulihkan telekomunikasi Gaza - Fahmi
Malaysia tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Palestin untuk memulihkan sektor telekomunikasi di Gaza, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
ILO naik taraf Palestin kepada status negara pemerhati bukan anggota
ILO mengundi untuk menaik taraf status Palestin secara rasmi daripada "gerakan pembebasan" kepada "negara pemerhati bukan anggota".
Kerajaan sentiasa pantau keselamatan pasukan MALBATT di Lubnan - PM Anwar
Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yacob sentiasa memaklumkan setiap perkembangan pasukan pengaman tersebut.
Anwar bawa mandat Dewan Rakyat kecam kekejaman Israel di Arab Saudi minggu depan
Serangan terbuka ke atas wilayah-wilayah di Lubnan dan Iran, termasuk pembunuhan Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar juga akan dibangkitkan di Arab Saudi pada Isnin depan.
Anggota Fatah optimis perbincangan bentuk jawatankuasa bersama tadbir Gaza
Mesir menjadi tuan rumah rundingan pada Sabtu untuk membincangkan pembentukan jawatankuasa bersama bagi mentadbir Gaza selepas konflik.
Pembunuhan wartawan di Gaza melebihi mana-mana perang dalam puluhan tahun - UNESCO
Guterres menekankan kadar yang membimbangkan pembunuhan wartawan di zon konflik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Israel dijangka lancar operasi ke kem pelarian, susulan pengharaman UNRWA - MAHAR
Jismi berkata, RUU yang diluluskan bagi mengharamkan UNRWA adalah bagi memastikan Israel tidak dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kezaliman.
Israel haramkan UNRWA untuk nafikan hak rakyat Palestin pulang ke tanah air - MERCY Malaysia
Tindakan Israel meluluskan Rang Undang-undang (RUU) bagi menyekat operasi Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin (UNRWA) adalah untuk menafikan hak rakyat Palestin pulang ke tanah air.
Susulan pengharaman UNRWA, Israel wajar dilucutkan keanggotaan PBB - GPM
Israel wajar dilucutkan keanggotaan dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) susulan tindakan negara haram itu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) bagi menyekat operasi UNRWA.