JEDDAH: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hussain Taha mengutuk pengeboman yang menyasarkan orang awam di Iran yang menyebabkan ramai orang terbunuh.
Dalam kenyataan pada Khamis, OIC menyuarakan solidariti kepada Iran yang berdepan peristiwa tragis itu, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Sekretariat itu menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan Iran, rakyat dan keluarga mangsa dan mendoakan mereka yang cedera segera pulih.
Dalam pengeboman pada Rabu di bandar Kerman di tenggara Iran, 84 orang disahkan terbunuh setakat ini manakala 284 yang lain cedera.
Dua letupan itu berlaku semasa upacara memperingati ulang tahun keempat pembunuhan bekas komander tertinggi tentera Iran Qasem Soleimani pada 2020.
Sementara itu, China yang terkejut dengan pengeboman itu menyatakan sokongan padunya kepada Tehran, lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin.
"China menentang semua bentuk keganasan, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengganas dan menyokong usaha Iran untuk menjaga keselamatan dan kestabilan negara," kata Wang kepada pemberita di Beijing, menurut harian Global Times.
Sementara itu, Kementerian Luar Korea Selatan pada Khamis turut mengutuk sekeras-kerasnya kejadian itu, lapor Yonhap memetik kenyataan jurucakap Kementerian Luar Lim Soo Suk.
"Kerajaan merakamkan rasa simpati dan takziah kepada mangsa dan keluarga mereka dan berharap mangsa yang cedera segera pulih," kata Lim.
Beliau berkata kerajaan Korea Selatan tegas dengan pendirian bahawa serangan pengganas tidak boleh dibenarkan dalam apa jua keadaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024
Situasi selepas dua letupan meletus ketika upacara memperingati ulang tahun keempat pembunuhan bekas komander tertinggi tentera Iran Qasem Soleimani pada 2020. -Gambar fail/Reuters
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
OIC, China, Korea Selatan kutuk insiden pengeboman di Iran
Sekretariat OIC menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan Iran, rakyat dan keluarga mangsa dan mendoakan mereka yang cedera segera pulih.
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam pengeboman di Iran - Wisma Putra
Kedutaan Malaysia di Tehran akan terus memantau perkembangan semasa dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini.