WELLINGTON: Tiga parti politik New Zealand pada Jumaat mengumumkan pembentukan kerajaan campuran baharu selepas rundingan berminggu-minggu.
National Party memenangi pilihan raya pada 14 Okt lepas sekali gus menggantikan Labour Party yang memerintah selama enam tahun, namun tidak mempunyai cukup kerusi untuk membentuk kerajaan.
Kerajaan baharu itu terdiri beberapa gabungan parti iaitu National Party, ACT New Zealand Party dan New Zealand First Party, kata bakal Perdana Menteri Christopher Luxon yang juga ketua National Party semasa majlis menandatangani perjanjian gabungan itu di Parlimen, lapor Xinhua.
Pemimpin New Zealand First, Winston Peters, akan menjadi timbalan perdana menteri untuk tempoh separuh pertama penggal parlimen tiga tahun dan pemimpin ACT David Seymour akan menjadi timbalan perdana menteri untuk separuh kedua penggal.
Peters juga memegang jawatan menteri luar dan Seymour sebagai menteri yang menilai peraturan dan kualiti peraturan sedia ada.
Kabinet 20 ahli itu terdiri daripada 14 menteri dari National Party, masing-masing tiga menteri daripada ACT dan NZ First.
Nicola Willis dari National Party dilantik sebagai menteri kewangan.
Kerajaan baharu itu akan mengangkat sumpah pada Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023

Bakal Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon yang juga ketua National Party (tengah) bersama pemimpin New Zealand First, Winston Peters (kiri) dan pemimpin ACT David Seymour (kanan). - Foto AP

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

PM New Zealand minat inisiatif Jabatan Audit Negara tingkat ketelusan
Wan Suraya dijemput sebagai tetamu kehormat Luxon di bawah program Felo ASEAN Perdana Menteri dari 11 hingga 13 Feb lepas di Wellington.

Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.

New Zealand longgar peraturan visa benar pelawat bekerja sambil melancong
Ia dalam usaha terbaru untuk meningkatkan pelancongan dan pertumbuhan ekonomi.

Kapal Tentera Laut New Zealand terbakar sebelum tenggelam di Samoa
Sebuah kapal Tentera Laut New Zealand dilaporkan terbakar sebelum tenggelam di luar pantai Samoa pada pagi Ahad.

Tiga muka baru perkuat Harimau Malaya berdepan New Zealand
27 pemain menerima panggilan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan antarabangsa menentang New Zealand.

New Zealand cipta rekod dunia haka Maori terbesar, rampas semula gelaran
Penganjur berkata 6,531 orang mempersembahkan haka paling terkenal di negara itu, Ka Mate, pada petang Ahad.

Jokowi puji pasukan keselamatan Indonesia bebaskan juruterbang New Zealand
Presiden Indonesia Joko Widodo memuji kejayaan pasukan tentera dan polis yang berusaha membebaskan juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens daripada menjadi tebusan kumpulan bersenjata Papua.

Juruterbang New Zealand diculik pemberontak terbang ke Jakarta
Tahap kesihatan Mehrtens dilaporkan stabil, meskipun juruterbang itu kehilangan berat badan yang ketara.

Ratu Maori New Zealand yang baharu dimasyhurkan menjelang pemakaman ayahanda
Anak bongsu dan anak perempuan tunggal Raja Maori New Zealand dimasyhurkan sebagai Ratu Maori yang baharu pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

PM New Zealand puji potensi Malaysia, perkukuh hubungan dua negara
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mengakhiri lawatan rasminya ke Malaysia pada Selasa.