ANKARA/KARACHI: New Zealand akan membuka semula sempadannya untuk pelancong asing mulai bulan depan, kata Perdana Menteri Jacinda Ardern pada Rabu.
Ardern dalam satu kenyataan berkata untuk fasa pertama pembukaan, warga Australia dibenarkan melakukan perjalanan ke New Zealand tanpa perlu menjalani kuarantin mulai 13 April.
Sementara itu, bermula 2 Mei, pelancong dari negara dikecualikan visa seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Korea Selatan dan Singapura, dan individu yang memiliki visa pelawat sah boleh dan sudah lengkap menerima vaksin COVID-19 boleh melancong ke negara itu, lapor Agensi Anadolu.
"Kami telah menutup sempadan negara dua tahun lalu bagi membendung penularan COVID-19.
"Tetapi dengan kadar peratusan vaksinasi yang tinggi serta penularan Omicron dilihat semakin terkawal, sempadan negara kini selamat untuk dibuka.
"Saya berbangga menyatakan bahawa New Zealand mampu menyediakan tempat selamat untuk pelancong berkunjung kerana langkah pencegahan COVID-19 dan sistem kesihatan yang baik," kata Ardern.
New Zealand telah memvaksin 94 peratus penduduknya berumur 12 tahun ke atas.
Dalam tempoh 24 jam lepas, negara ini telah melaporkan 19,452 kes jangkitan komuniti dan lapan kematian, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 418,861 dan angka korban kepada 141.
Sementara itu, Pakistan pada Rabu mengumumkan kelonggaran sekatan COVID-19, susulan penurunan kes jangkitan di seluruh negara, lapor Agensi Anadolu.
Menteri Perancangan Persekutuan Asad Umar, yang mengetuai strategi antivirus Pakistan berkata negara kini "kembali normal".
"Kita perlu beransur-ansur kembali kepada kehidupan biasa, kerana wabak itu akan berterusan dan menjadi sebahagian daripada kehidupan," katanya.
Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Kira-kira 70 peratus penduduk Pakistan telah lengkap dua dos vaksin manakala 87 peratus sekurang-kurangnya menerima satu dos.
Sebanyak 493 kes jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 1.52 juta, manakala lebih 30,000 orang maut akibat virus itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022
![New Zealand buka semula sempadan untuk pelancong mulai April, Pakistan permudah peraturan COVID-19 New Zealand buka semula sempadan untuk pelancong mulai April, Pakistan permudah peraturan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624956327_AirNewZealand.jpg)
Ardern dalam satu kenyataan berkata untuk fasa pertama pembukaan, warga Australia dibenarkan melakukan perjalanan ke New Zealand tanpa perlu menjalani kuarantin mulai 13 April. - Gambar fail/REUTERS
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Paris 2024: Anak buah Thierry Henry tutup peringkat kumpulan dengan rekod sempurna Paris 2024: Anak buah Thierry Henry tutup peringkat kumpulan dengan rekod sempurna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722391937_SummerOlympics.jpg)
Paris 2024: Anak buah Thierry Henry tutup peringkat kumpulan dengan rekod sempurna
Pasukan bimbingan Thierry Henry itu kekal satu-satunya pasukan dalam kejohanan ini yang mengekalkan rentak kemenangan setakat ini.
![Pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada gesa gencatan senjata segera di Gaza Pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada gesa gencatan senjata segera di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721105049_zionist.jpg)
Pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada gesa gencatan senjata segera di Gaza
Ketiga-tiga pemimpin itu menggesa Israel untuk memberi maklum balas terhadap keputusan ICJ minggu lepas yang menganggap pendudukan wilayah Palestin oleh Israel adalah haram.
![Wanita dipenjara, anjing mati diberi makan berlebihan Wanita dipenjara, anjing mati diberi makan berlebihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721881403_dog.jpg)
Wanita dipenjara, anjing mati diberi makan berlebihan
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati.
![New Zealand lancar kem latihan untuk pesalah muda New Zealand lancar kem latihan untuk pesalah muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721476231_NewZealandParliame.jpg)
New Zealand lancar kem latihan untuk pesalah muda
Akademi Gaya Ketenteraan di New Zealand secara rasmi dibuka pada Sabtu sebagai sebahagian daripada rancangan kerajaan New Zealand untuk membanteras jenayah belia.
![TPM New Zealand kagum reka bentuk, kemudahan Masjid Negara TPM New Zealand kagum reka bentuk, kemudahan Masjid Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717831176_rekabentukkemudaha.jpg)
TPM New Zealand kagum reka bentuk, kemudahan Masjid Negara
Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters terpesona dengan reka bentuk dan kemudahan yang terdapat di Masjid Negara di sini.
![TPM New Zealand akan berada di Malaysia dalam lawatan ke 4 negara Asia Tenggara TPM New Zealand akan berada di Malaysia dalam lawatan ke 4 negara Asia Tenggara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717658389_TBWinstonPeters.jpg)
TPM New Zealand akan berada di Malaysia dalam lawatan ke 4 negara Asia Tenggara
Timbalan Perdana Menteri New Zealand merangkap Menteri Luar Winston Peters dijangka tiba di Malaysia pada Khamis (6 Jun), sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke empat negara Asia Tenggara.
![Malaysia digesa perjuangkan keterangkuman dan kerjasama dalam sektor guaman ASEAN Malaysia digesa perjuangkan keterangkuman dan kerjasama dalam sektor guaman ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714954898_TBDaveAnanth.jpg)
Malaysia digesa perjuangkan keterangkuman dan kerjasama dalam sektor guaman ASEAN
Katanya, dengan menghapuskan halangan dan memupuk kerjasama yang lebih luas dalam komuniti guaman, ASEAN boleh membuka laluan baharu.
![Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711872799_MegatKhashusaini.jpg)
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch petang esok.
![Arwah buat kejutan beri hadiah telekung hari jadi ibu Arwah buat kejutan beri hadiah telekung hari jadi ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711868335_MegatAshmanAqif.jpg)
Arwah buat kejutan beri hadiah telekung hari jadi ibu
Sepasang telekung berwarna merah jambu menjadi kenangan pemberian terakhir Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni kepada ibunya.
![Wisma Putra sedia bantu bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand Wisma Putra sedia bantu bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711812079_MohamadHasan.jpg)
Wisma Putra sedia bantu bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Wisma Putra bersedia membantu menguruskan dan membawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia yang maut dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand hari ini.