Bandar Raya New York membelanjakan kira-kira AS$24 juta (RM107 juta) untuk kos kawalan keselamatan di Trump Tower, iaitu kediaman pencakar langit milik Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di Manhattan.
Reuters yang memetik Pesuruhjaya Polis New York melaporkan, kos harian kira-kira AS$308,000 (RM1.37 juta) itu dikira sejak permulaan hari mengundi sehingga hari beliau mengangkat sumpah.
Pendedahan itu membuatkan Kongres diminta membayar semula kos yang digunakan bagi melindungi kediaman peribadi Trump di Fifth Avenue tersebut, yang juga menjadi tempat tinggal pilihan isteri dan anak mereka.
“Kami sedang meminta pihak Persekutuan membayar penuh semua kos berkaitan kawalan keselamatan untuk Presiden Trump dan keluarganya di Trump Tower,” kata jurucakap bagi Datuk Bandar Bill de Blasio,Freddi Goldstein.
Pesuruhjaya Polis New York James O’Neill dalam satu kenyataan berkata, jabatan polis kini mempunyai dua peranan iaitu melindungi keluarga Trump serta bekhidmat untuk masyarakat.
“Trump Tower kini menjadi sasaran bagi pihak yang mahu melakukan serangan keganasan di AS, sekali gus menambahkan komitmen sumber anti-keganasan kita yang sudahpun terhad,” ujar O’Neill.
De Blasio pada Disember lalu pernah meminta pembayaran semula kos AS$35 juta (RM156 juta)yang digunakan untuk menjaga keselamatan pencakar langit setinggi 58 tingkat itu.
Selain kawalan polis, pihak Jabatan Bomba New York pula membelanjakan AS$1.7 juta (RM7.6 juta) sewaktu Trump berada di New York.
Jika hanya Melania dan anak mereka, Barron, berada di Manhattan, kos kawalan keselamatan harian berkurangan sedikit namun masih dalam lingkungan AS$145,000 (RM645,000). Namun, angka itu meningkat kepada asal jika Trump kembali.
Trump masih belum kembali ke Manhattan sejak mengangkat sumpah sebagai Presiden.
Ahli Kongres New York, Carolyn Maloney, dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pembayar cukai di bandar raya itu tidak sepatutnya dipaksa untuk menanggung kos ‘tanggungjawab keselamatan negara’ selain menegaskan bahawa ‘Kongres perlu pastikan pembayaran semula kepada pembayar cukai’.
Agencies
Thu Feb 23 2017

Anggota polis khas berkawal dari luar bangunan hingga ke bahagian dalam Trump Tower di Manhattan, New York. - Foto Reuters

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

New York sudah belanja AS$24 juta untuk lindungi Trump Tower
Kos harian kira-kira AS$308,000 (RM1.37 juta) itu dikira sejak permulaan hari mengundi sehingga hari beliau mengangkat sumpah.