"Seperti yang kita bincangkan, Tuan Presiden, untuk memastikan masa depan kita dan membawa keamanan kepada rantau kita, kita perlu menyelesaikan tugas ini," kata Netanyahu semasa sidang media bersama Trump di White House, di sini, hari ini (Selasa, waktu tempatan).
Netanyahu mengulang kembali objektif Israel untuk membawa pulang baki tebusan yang masih ditahan di Gaza, memusnahkan keupayaan Hamas dan memastikan Gaza tidak menjadi ancaman kepada Israel.
"Kesiapan anda untuk berfikir di luar kebiasaan dengan idea-idea segar akan membantu kami mencapai semua matlamat ini," kata Netanyahu kepada Presiden AS.
"Anda adalah sahabat terbaik Israel yang pernah ada di White House," tambahnya.
Netanyahu memuji Trump kerana membantu membawa pulang sebahagian daripada tebusan dari Gaza serta mengungkapkan kejayaan Israel terhadap proksi Iran.
"Kami telah menghancurkan Hamas, kami telah memusnahkan Hezbollah, kami telah menghancurkan senjata tinggalan (bekas Presiden Syria Bashar) al-Assad dan kami telah melumpuhkan pertahanan udara Iran," katanya.
"Kami telah mengalahkan beberapa musuh terburuk Amerika." - Agensi