TEL AVIV: Israel mahu melancarkan kempen pencerobohan ganas ke atas bandar Rafah jika Hamas gagal membebaskan baki tawanan di Genting Gaza menjelang ketibaan Ramadan pada awal bulan depan.
Amaran terbaharu itu diberikan anggota Kabinet Perang, Benny Gantz selepas komuniti antarabangsa terus menentang rancangan zalim yang dikhuatiri akan menyebabkan malapetaka lebih dahsyat di wilayah terkepung tersebut.
“Operasi ketenteraan akan diteruskan di seluruh wilayah itu termasuk Rafah jika kumpulan ditahan Hamas tidak kembali semula ke Tel Aviv pada masa ditetapkan,” ugut bekas Ketua Turus itu pada persidangan pemimpin Yahudi Amerika pada Ahad.
Menurutnya, operasi berskala besar itu kononnya akan dilaksanakan mengikut apa yang diminta sekutunya termasuk memudahkan proses pemindahan dan mengurangkan kadar kematian orang awam.
Tetapi, lokasi penempatan golongan itu masih tidak jelas memandangkan tiada lagi tempat selamat di enklaf tersebut.
Sebelum ini, rejim Tel Aviv tidak pernah menetapkan tarikh akhir untuk serangan yang dirancang ke atas bandar paling selatan Gaza tersebut yang menjadi tempat berlindung kira-kira 1.7 juta penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal sejak perang genosid tercetus lebih empat bulan lalu.
Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu tetap berkeras mahu memperluaskan kempen pengeboman ganas di Rafah meskipun berdepan tekanan antarabangsa termasuk desakan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS).
Pemimpin ekstremis itu yang turut hadir persidangan sama sekali lagi mengulangi ikrar untuk menghapuskan Hamas dengan atau tanpa perjanjian pembebasan tawanan.
Ugutan tersebut diberikan selepas rundingan selama beberapa minggu atas inisiatif negara perantara termasuk Qatar berhubung pelaksanaan gencatan senjata untuk meredakan perang gagal mencapai sebarang kesepakatan.
Usaha Washington untuk menguatkuasakan tempoh bertenang selama enam minggu bagi membebaskan tawanan di Gaza juga tidak diterima pihak bertelagah walaupun angka kezaliman rejim Zionis meningkat hampir 29,000 orang manakala kira-kira 70,000 lagi cedera.
TEMBAK PENDUDUK KELAPARAN
Dalam perkembangan berkaitan, rejim Zionis dilaporkan melepaskan tembakan rambang ke arah ratusan penduduk Palestin yang nekad menyerbu trak bantuan di Bandar Gaza.
Insiden itu berlaku di Jalan al-Rasheed di mana kumpulan tersebut berkumpul demi untuk mendapatkan bekalan makanan berikutan krisis kelaparan yang semakin meruncing di wilayah tersebut.
Rakaman yang menjadi tular di media sosial menunjukkan keadaan huru-hara selepas tembakan dilepaskan.
Ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia Euro-Med, Ramy Abdu menerusi platform X menyifatkan kejadian yang disaksikan sendiri oleh pasukan mereka amat menakutkan dan kejam.
“Sejumlah kecil bekalan makanan tiba pada hari ini. Agak mustahil untuk ia tiba di kem penempatan sementara penduduk Palestin di utara Gaza,” katanya.
Pada bulan lalu, tentera Israel bersama unit kereta kebal dan quadcopter turut menyerang penduduk Gaza yang sedang beratur untuk mendapatkan bekalan bantuan kemanusiaan di utara enklaf itu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 20 terkorban.
Sejak kebekalangan ini, pelampau Yahudi juga cuba menghalang trak bantuan daripada memasuki Gaza malah kumpulan itu sanggup mendirikan khemah di lintasan Kerem Shalom (Karem Abu Salem) untuk menyekat koridor sempadan tersebut. - Agensi/ Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 20 2024
Benjamin Netanyahu tetap berkeras mahu memperluaskan kempen pengeboman ganas di Rafah meskipun berdepan tekanan antarabangsa termasuk desakan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat. - Gambar fail REUTERS
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Bantuan kemanusiaan Arab Saudi di Gaza terjejas akibat penutupan Rafah
Makanan yang ada di dalam ratusan trak yang menunggu memasuki Gaza dan disimpan di gudang dijangka mendekati tempoh tamat.
2 juta tan pelepasan CO2 akibat pemusnahan bangunan di Gaza oleh Israel
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang ketara, termasuk dua juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2).
Arahan pemindahan tentera Israel halang bantuan PBB
Perintah pemindahan tentera Israel di Gaza memusnahkan usaha PBB hantar bantuan kemanusiaan.
Pelbagai negara minta rakyatnya tinggalkan Lubnan ekoran kebimbangan perang
Menteri Luar Australia menggesa warganya di Lubnan supaya segera beredar sementara penerbangan komersial masih tersedia.
EU kecam langkah Israel untuk benarkan lima pos penempatan di Tebing Barat
Membenarkan lima pos penempatan di wilayah Palestin yang diduduki merupakan tindakan yang disengajakan untuk menggugat usaha perdamaian.
Malaysia sokong penyelesaian dua negara, AS kena pastikan Israel patuh resolusi
Malaysia berpendirian teguh bahawa tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan pembunuhan terhadap rakyat Gaza dihentikan segera.
EU kecam serangan ke atas pejabat ICRC di Gaza, gesa siasatan bebas
Kesatuan Eropah kutuk serangan yang merosakkan pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Semenanjung Gaza baru-baru ini.
Israel bunuh 42 rakyat Palestin di Gaza - Hamas
Sekurang-kurangnya 101 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu akibat keganasan Zionis.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 37,337 orang
Bilangan mangsa yang cedera di Gaza pula mencecah 85,229 orang selain 10,000 orang masih hilang dipercayai maut di bawah runtuhan bangunan.
Hamas alu-alukan resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB
Pasukan itu komited untuk melaksanakan "pengunduran sepenuhnya [pasukan Israel] dari Semenanjung Gaza, pertukaran tahanan, pembinaan semula Gaza."