Seorang warga emas di Desa Bararawa, Banjarmasin, Indonesia dipenggal dan kepalanya dibuang ke dalam sungai oleh jiran yang berdendam dengan anak mangsa.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 7 malam waktu tempatan pada Ahad, mangsa Lahbaniah, 67, dibunuh dengan pedang samurai.
Suspek Lahmudin, 26, dilapor memecah masuk rumah nenek malang itu untuk mencari anak mangsa ekoran sengketa di antara mereka berdua, lapor banjarhits.id.
Namun apabila sasarannya tidak ditemukan, suspek bertindak memenggal mangsa yang ketika itu sedang menonton televisyen.
Suspek kemudian menjinjing kepala mangsa dan membuangnya di sungai berdekatan.
Penduduk yang mengetahui kejadian itu bertindak mengikat suspek sebelum menyerahkannya kepada polis.
Polis masih menyiasat motif kejadian.
Astro Awani
Mon Jul 30 2018
Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 7 malam waktu tempatan pada Ahad, mangsa Lahbaniah, 67, dibunuh dengan pedang samurai. -Gambar hiasan
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat yang disyaki terlibat sindiket pemalsuan dokumen geran hak milik tanah, yang ditahan SPRM Johor, direman enam hari.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan Yap Xin Yuan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan yang mayatnya ditemukan alam keadaan tidak sempurna di Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting pada 28 Disember lalu.
Malaysia setuju pengerusikan bersama mesyuarat menteri CEAPAD - PM Anwar
Perdana Menteri mengumumkan persetujuan Malaysia menjadi pengerusi bersama Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
Kertas Sejarah SPM didakwa bocor: KPM akan ambil tindakan undang-undang - Wong
Kementerian Pendidikan tidak teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu berhubung kebocoran kertas peperiksaan SPM bagi subjek Sejarah.
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
Kerangka Madani penting kepada kerjasama Jepun-Malaysia - Ishiba
Jepun dan Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama, dengan fokus terhadap meningkatkan pemerkasaan rantaian bekalan selaras dengan kerangka Madani.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Nenek dipenggal dengan pedang samurai, kepala dibuang ke sungai
Suspek dilapor memecah masuk rumah nenek malang itu untuk mencari anak mangsa ekoran sengketa di antara mereka berdua.
Gadis tidak bangun dari tidur selama 13 hari, kisahnya viral di Indonesia
Gadis tersebut dipercayai terkena penyakit misteri membuatkan dia tidur tanpa henti selama 13 hari membuat keluarga berasa risau.