TOKYO: Tamiko Honda yang berusia 90 tahun mungkin boleh dianggap sebagai pekerja McDonald's paling setia di Jepun.
Ini kerana pada usia senja, wanita dari bandar Kumamoto ini masih gagah bekerja lima hari seminggu di cawangan McDonald's di Chu-ku.
Rutin hariannya menyaksikan wanita itu bangun seawal jam 4 pagi dan masuk ke tempat kerja pada jam 7.30 pagi.
Difahamkan, Honda telah mengulangi rutin sama sepanjang 23 tahun lalu dan sehingga kini tiada tanda menunjukkan dia mahu bersara.
Menurut akhbar Kumanichi, Honda merupakan kakitangan paling tua daripada 190,000 staf wanita McDonald's di seluruh negara Matahari Terbit tersebut.
Tambah akhbar tersebut, keluarga Honda menggalakkan wanita itu supaya bersara namun dia menegaskan bekerja salah satu cara untuknya kekal sihat.
Akhbar Kumanichi sebelum ini melaporkan rekod pekerja paling tua McDonald's di Jepun dipegang oleh seorang datuk berusia 95 tahun yang bekerja di cawangan Toyama.
Namun, Honda kekal memegang rekod pekerja paling lama berkhidmat dengan restoran segera tersebut. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Sun Aug 06 2023

Tamiko Honda gembira dengan pekerjaannya. - Foto agensi

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Nenek 90 tahun gagah bekerja di restoran McDonald's
Tamiko Honda yang berusia 90 tahun sudah 23 tahun berkhidmat merupakan kakitangan paling tua daripada 190,000 staf wanita McDonald's di seluruh Jepun.