Ikon anti-apartheid terkenal Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia pada Khamis di usia 95 tahun.
Pemenang anugerah Nobel Keamanan yang dilantik menjadi Presiden Afrika Selatan berkulit hitam yang pertama itu meninggal dunia di rumahnya di Johannesburg dengan tenang sambil dikelilingi ahli keluarganya.
Kesihatan Mandela telah sekian lama terjejas selepas menjalani rawatan jangkitan paru-paru.
Berita kematiannya diumumkan dengan nada sebak oleh Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma secara langsung pada awal pagi ini.
"Negara kita ini kehilangan seorang anak lelaki yang hebat. Kita juga kehilangan seorang ayah.” Ujar Zuma.
Mandela dibenarkan keluar dari hospital pada September, namun terus diberikan rawatan intensif di rumah. Sejarah penyakit yang dihidapinya sekian lama itu bermula ketika dia dijangkiti batuk kering ketika di dalam penjara.
Ekoran pengumuman kematian ikon dunia itu, orang ramai berkumpul di jalanan berhampiran rumah Mandela bagi meraikan kehidupan bekas presiden itu. Nyata, dia seorang pemimpin yang disayangi rakyatnya.
Kematian Mandela turut diterima dengan tenang bagi beberapa ahli politik dunia termasuk Presiden Amerka Syarikat, Barack Obama.
Dalam ucapannya, Obama memuji Mandela sebagai lelaki yang sangat baik dan membikin sejarah dengan membentuk moral dunia menuju keadilan.
Mandela ketika hayatnya menghabiskan 27 tahun daripada usianya di belakang jeriji besi penjara sebelum dibebaskan pada 1990 dan mengetuai Kongres Nasional Afrika (ANC) dalam perbincangan dengan pemimpin minoriti kulit putih yang akhirnya menghasilkan pilihan raya pelbagai kaum pertama pada tahun 1994.
Beliau berkhidmat sebagai presiden selama satu penggal sebelum mengambil beberapa peranan lain dan akhirnya bersara daripada khalayak ramai pada 2004.
Ketika hayat
Nelson Rolihlahla Mandela dilahirkan pada Julai 1918 di daerah Transkei, dan memulakan karier sebagai peguam di Johannesburg pada waktu yang sama dengan aktiviti politiknnya.
Beliau menjadi ketua komander kepada ‘Umkhonto we Sizwe’ atau Spear of the Nation, sayap kepada ANC yang kini telah diharamkan dan seterusnya menjalani latihan ketenteraan di Algeria dan Ethiopia.
Mandela kemudian ditangkap polis pada 1962 di Afrika Selatan kerana pergerakan yang dipimpinnya, dan beliau dipenjarakan selama lima tahun.
Mendiang didakwa mensabotaj dan kemudian dipenjarakan seumur hidup pada 1964 ketika perbicaraan Rivonia, yang mengambil nama sempena sebuah bandar di pinggiran Johannesburg di mana beberapa pemimpin ANC ditangkap.
Beliau menggunakan perbicaraan itu untuk menyampai sebuah ucapan yang kemudian dijadikan manifesto pergerakan anti-apartheid.
Mandela pada awalnya dihantar ke penjara di Pulau Robben, di mana dia menghabiskan 18 tahun sebelum dihantar ke penjara Pollsmoor di Cape Town pada 1982, dan kemudian ke penjara Victor Verster berhampiran Paarl.
Beliau dibebaskan pada 11 Februari, 1990 dan melangkah keluar dari penjara sambil mengangkat penumbuk ke udara sebagai tanda kejayaan.
Pengkritik berkata, penggal lima tahun ketika dia menyandang jawatan presiden sebagai tahun menyaksikan kenaikan jenayah dan rasuah di negara itu. Namun penyandang seterusnya tidak menerima kasih sayang dan rasa hormat masyarakat seperti yang diterima Mandela.
Setelah bersara, beliau memberi focus terhadap menjadi orang tengah kepada konflik, yang menyaksikan konflik Burundi sebagai sesuatu yang paling diingati. Beliau juga cuba untuk menaikkan kesedaran tentang AIDS, penyakit yang telah meragut nyawa anak lelakinya, Makgatho.
Mandela berkahwin buat kali ketiga pada usia 80 tahun bersama bekas isteri mendiang presiden Mozambique, Samora Machel.
Mandela memiliki tiga anak perempuan, 18 cucu, sembilan cicit dan tiga cucu tiri. Beliau mempunyai empat anak tiri melalui perkahwinannya bersama Machel.
Astro Awani
Fri Dec 06 2013
![Nelson Mandela meninggal dunia dengan tenang, dikelilingi keluarga Nelson Mandela meninggal dunia dengan tenang, dikelilingi keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/71386297988_295x200.jpg)
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
!['Israel sedang lakukan pembersihan etnik, apartheid' 'Israel sedang lakukan pembersihan etnik, apartheid'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697666216_RiyadMansour.jpg)
'Israel sedang lakukan pembersihan etnik, apartheid'
Riyad Mansour, ketika menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung PBB mendakwa, Israel sedang melakukan pembersihan etnik dan apartheid.
![Kaukus Palestin Parlimen Malaysia mahu Kerajaan terus laksana diplomasi agresif Kaukus Palestin Parlimen Malaysia mahu Kerajaan terus laksana diplomasi agresif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697432781_KaukusPalestin.jpg)
Kaukus Palestin Parlimen Malaysia mahu Kerajaan terus laksana diplomasi agresif
Malaysia harus terus melaksanakan dasar diplomasi agresif; selain berterusan mengecam tindakan rejim Israel sebagai apartheid.
![[KOLUMNIS] Malaysia harus yakinkan masyarakat antarabangsa Israel negara apartheid [KOLUMNIS] Malaysia harus yakinkan masyarakat antarabangsa Israel negara apartheid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629311351_Smokeandflames.jpg)
[KOLUMNIS] Malaysia harus yakinkan masyarakat antarabangsa Israel negara apartheid
Dalam proses mewujudkan negara Israel pada tahun 1948, hampir 800 ribu rakyat Palestin telah dipaksa meninggalkan kampung halaman mereka dan menjadi pelarian.
![Malaysia perlu tegas, isytihar Israel negara apartheid secara rasmi - Khaled Nordin Malaysia perlu tegas, isytihar Israel negara apartheid secara rasmi - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-01/51485166938_KHALEDNORDIN.jpg)
Malaysia perlu tegas, isytihar Israel negara apartheid secara rasmi - Khaled Nordin
Kata Khaled, hal ini kerana kecaman dan kutukan dunia semata-mata adalah sangat tidak memadai.
![Wartawan Israel perlu adil, perjuangkan juga hak rakyat Palestin - Wartawan Veteran Malaysia Wartawan Israel perlu adil, perjuangkan juga hak rakyat Palestin - Wartawan Veteran Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620957667_TBPALESTINjpg.jpg)
Wartawan Israel perlu adil, perjuangkan juga hak rakyat Palestin - Wartawan Veteran Malaysia
Sekumpulan tokoh wartawan Malaysia mendesak pengamal media Israel untuk turut sama perjuangkan nasib dan hak rakyat Palestin
![Anak perempuan Nelson Mandela meninggal dunia Anak perempuan Nelson Mandela meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81594645198_ZindziMandela.jpg)
Anak perempuan Nelson Mandela meninggal dunia
Bagaimanapun, punca kematian Zindzi Mandela belum lagi dinyatakan.
![Afrika Selatan pernah dihalang sertai Olimpik kerana aparteid, kenapa tidak Israel? - Syed Saddiq Afrika Selatan pernah dihalang sertai Olimpik kerana aparteid, kenapa tidak Israel? - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41548756315_saddiq.jpg)
Afrika Selatan pernah dihalang sertai Olimpik kerana aparteid, kenapa tidak Israel? - Syed Saddiq
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq melihat isu ini bukan soal campur aduk sukan dengan politik, tetapi lebih penting ini soal kemanusiaan.
![Jacob Zuma, presiden penuh kontroversi Jacob Zuma, presiden penuh kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/81517961247_JacobZuma.jpg)
Jacob Zuma, presiden penuh kontroversi
Zuma merupakan Presiden Afrika Selatan yang keempat bermula pada 2009 sehingga 14 Februari 2018.
![Mayat mendiang Mandela akan diarak tiga hari untuk penghormatan rakyat Mayat mendiang Mandela akan diarak tiga hari untuk penghormatan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/71370474630_120x90.jpg)
Mayat mendiang Mandela akan diarak tiga hari untuk penghormatan rakyat
Mayat Mandela akan ditempatkan di Union Buildings yang menjadi ibu pejabat kerajaan Afrika Selatan pada Rabu, Khamis dan Jumaat.
Nelson Mandela (1918-2013)
Apakah yang dapat kita kutip daripada perjalanan hayatnya? Seorang putera terbaik dunia tetapi juga manusia biasa yang ada kekurangannya.