KEZALIMAN yang dilakukan oleh rejim zionis Israel tersangat lama. Dalam proses mewujudkan negara Israel pada tahun 1948, hampir 800 ribu rakyat Palestin telah dipaksa meninggalkan kampong halaman mereka dan menjadi pelarian. Ribuan telah dibunuh, ratusan kampung telah dilenyapkan dan puluhan ribu rumah mereka telah dirobohkan.
Namun sehingga hari ini masyarakat antarabangsa masih membiarkan kezaliman ini berterusan, Bahkan beberapa negara Arab sendiri sekarang sudah menjalin hubungan dengan Israel. Sementara itu pendekatan yang diambil oleh masyarakat antarabangsa, termasuk Malaysia, ialah menekankan keperluan `solusi dua-negara’ (two-state solution), terutama sekali susulan dari perjanjian Oslo yang meterai pada tahun 1993.
Namun perkembangan yang berlaku semenjak dari 1993 lagi jelas menunjukkan bahawa Israel sebenarnya langsung tidak berminat untuk membenarkan negara Palestin wujud. Banyak bukti boleh dibentangkan berkenaan hakikat ini termasuk bertambahnya penempatan haram Israel di Tebing Barat yang dibina oleh kerajaan Israel walaupun ianya jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan juga perjanjian Oslo. Bahkan pendekatan `solusi dua negara’ ini seolah-olah memberi lebih banyak ruang dan peluang kepada Israel untuk terus membunuh warga Palestin dengan kejam, merampas tanah-tanah mereka, meruntuhkan rumah kediaman mereka, serta menghalau mereka dari kampong halaman mereka.
Undang-undang `Nation State’ Israel
Terdapat banyak bukti bahawa Israel adalah sebuah negara yang beramal dengan amalan apartheid. Yang paling jelas ialah Undang-Undang Bangsa-Negara (Nation-State Bill) yang disahkan oleh Parlimen Israel (dipanggil Knesset) pada bulan Julai 2018.
Antara lain, undang-undang itu menyatakan bahawa:
1. Negara Israel adalah tempat tinggal kebangsaan bagi orang-orang Yahudi sahaja, di mana ia memenuhi hak semula jadi, budaya, agama dan sejarahnya untuk penentuan nasib sendiri.
2. Hak untuk melaksanakan penentuan nasib sendiri nasional di Negara Israel adalah unik bagi orang Yahudi sahaja.
3. Polisi umum negara Israel mempunyai sikap bahawa penempatan Israel di Tebing Barat (yang sebenarnya dianggap haram oleh masyarakat antarabangsa) adalah aset kebangsaan yang bernilai dan oleh itu akan terus bertindak untuk memperkembangkannya.
Semua elemen di atas yang terkandung di dalam undang Nation-State Bill jelas membuktikan bahawa negara Israel tidak berminat untuk memberikan hak yang sama rata kepada warga Palestin, sama ada di Gaza, Tebing Barat, mahupun di dalam wilayah Palestin yang bersejarah (iaitu apa yang digelar Israel sekarang).
Di samping itu, Israel terus menghalau warga Palestin dari rumah-rumah mereka atau menghancurkan dan merobohkan rumah-rumah mereka. Jenayah ini telah berlaku selama berdekad-dekad semenjak sebelum negara Israel diwujudkan lagi dan masih lagi berlaku seperti yang sekarang ini dibuktikan di Sheikh Jarrah dan Silwan di Tebing Barat. Semua ini hanya berlaku terhadap warga Palestin dan tidak terhadap rakyat Israel berbangsa Yahudi. Bahkan di Sheikh Jarrah berlaku kes di mana rakyat Palestin dihalau dari rumah mereka dan tempat mereka digantikan oleh keluarga Yahudi. Ini semua membuktikan bahawa memang wujud rancangan untuk mempupuskan kehadiran warga Palestin di wilayah Palestin.
Tiga Organisasi Berwibawa Menyatakan Israel adalah Negara Apartheid
Hakikat bahawa Israel adalah negara apartheid dikukuhkan lagi oleh laporan yang dikeluarkan oleh tiga organisasi yang berwibawa yang mengesahkan bahawa Israel adalah sebuah negara apartheid. Organisasi tersebut adalah:
1. Economic and Social Commission for Western Asia (ESCWA)
2. B’Selem
3. Human Rights Watch (HRW)
ESCWA adalah sebuah badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia telah mengeluarkan satu laporan pada bulan Mac 2017 yang dengan tegas merumuskan bahawa Israel sedang melaksanakan satu rejim apartheid (apartheid regime) berbentuk diskriminasi berdasarkan perkauman terhadap warga Palestin. Ini merupakan kali pertama sebuah badan di bawah PBB membuat rumusan sebegitu rupa.
Laporan itu juga menyatakan bahawa Israel telah mewujudkan satu rejim apartheid yang secara menyeluruh mendominasi kehidupan warga Palestin.
Rima Khalaf, yang pada masa itu menjawat jawatan tinggi di PBB dan juga merupakan setiausaha eksekutif kepada ESCWA menyatakan bahawa setelah membuat kajian yang sangat mendalam, badan itu telah merumuskan bahawa Israel adalah sebuah negara rasis, yang telah mewujudkan satu sistem apartheid yang menzalimi warga Palestin.
B’Tselem pula adalah sebuah organisasi hak asasi manusia dari Israel yang terkenal. Pada bulan Januari 2021 ia telah mengeluarkan satu laporan yang juga menyatakan bahawa Israel adalah sebuah `rejim apartheid’. Laporan itu juga menyatakan bahawa adalah mustahil bagi Israel untuk menggelarkan dirinya sebuah demokrasi padahal pada masa ia masih lagi menduduki wilayah Palestin di Tebing Barat.
Human Rights Watch pula adalah sebuah organasisi antarabangsa yang terkenal serta mempunyai reputasi yang disegani. Pada bulan April 2021, ia juga mengeluarkan satu berjudul "A Threshold Crossed", yang mengecam Israel karena melakukan jenayah kemanusiaan apartheid dan penganiayaan terhadap warga Palestin.
Kesemua laporan di atas menekankan bahawa pihak berkuasa Israel melalui tindakan, polisi dan kenyataan rasmi dengan jelas memberikan hak istimewa hanya kepada orang Yahudi. Pada masa yang sama Israel melakukan tindakan diskriminasi terhadap warga Palestin serta bertindak zalim terhadap mereka dengan melucutkan hak mereka, mengurung mereka, memisahkan sesama mereka secara paksa, serta menekan mereka. Oleh sebab itulah ketiga-tiga organisasi tersebut terpaksa merumuskan bahawa Israel sedang melakukan jenayah apartheid terhadap warga Palestin.
Malahan semua tindakan Israel layak dikategorikan sebagai jenayah kemanusian (crime against humanity) seperti yang termaktub di dalam Konvensyen Apartheid tahun 1973 yang mendefinisikan apartheid sebagai "tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan untuk tujuan mewujudkan dan mengekalkan penguasaan oleh satu kaum ke atas kaum yang lain dan menindas mereka secara sistematik".
Gerakan BDS
Gerakan Boycott, Divesment and Sanctions (BDS) dimulakan pada tahun 2005 atas kesedaran bahawa kerajaan-kerajaan di dunia, terutama sekali kerajaan Amerika dan Eropah tidak boleh diharapkan untuk membantu dalam perjuangan membebaskan warga Palestin dari cengkaman zalim Zionis ke atas mereka. Oleh itu gerakan BDS membuat keputusan untuk mengembeling sokongan dari rakyat biasa dari seluruh dunia yang mempunyai hati nurani serta membenci kezaliman yang dilakukan terhadap warga Palestin.
Gerakan BDS mengajak masyarakat dunia memboikotkan Israel selagi Israel tidak memenuhi tiga tuntutan utama yang semuanya adalah selari dengan undang-undang antarabangsa seperti berikut:
1. Memberhentikan pendudukan di Tebing Barat dan sekatan zalimnya terhadap Gaza
2. Membenarkan pelarian Palestin pulang ke tanah air mereka
3. Memberikan hak yang sama rata kepada warga Palestin yang sekarang menjadi warganegara Israel
Gerakan BDS mendapat inspirasi dari kejayaan usaha pemboikotan oleh masyarakat antarabangsa terhadap negara Afrika Selatan kerana amalan apartheidnya terhadap warga berkulit hitam. Akibatnya Afrika Selatan telah diboikot dalam semua bidang, termasuk sukan di mana negara tesebut tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam semua pesta sukan termasuk sukan Olimpik.
Usaha ini berjaya apabila amalan apartheid di Afrika Selatan dihapuskan pada tahun 1993. Kini warga Afrika Selatan berkulit hitam mempunyai hak sama rata dengan warga berkulit putih.
Peranan Malaysia
Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan Malaysia ialah menyokong usaha gerakan BDS ini dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh agar dapat membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat antarabangsa bahawa Israel adalah sebagai negara apartheid. Susulan dari itu, masyarakat dunia perlu diperingatkan bahawa Israel layak untuk diboikot sepertimana Afrika Selatan pada satu ketika dulu telah diboikot sehingga polisi dan amalan apartheidnya terhadap warga Palestin dihapuskan.
Masyarakat antarabangsa perlu diperingatkan bahawa adalah satu kezaliman jika mereka masih mengekalkan polisi `normalisasi’ dengan sebuah negara yang sedang melaksanakan polisi apartheid yang merupakan satu jenayah kepada kemanusian.
Meskipun Malaysia adalah sebuah negara kecil, namun jika ia dapat meyakinkan masyarakat antarabangsa, terutama sekali negara-negara Arab dan Islam yang lain untuk memboikot Israel atas dasar polisi apartheidnya terhadap warga Palestin, Malaysia akan menjadi penyumbang utama kepada kejayaan menamatkan kezaliman yang sedang berlaku di bumi suci Palestin.
* Prof Mohd Nazari Ismail ialah pensyarah Universiti Malaya dan Pengerusi BDS Malaysia
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Professor Mohd Nazari Ismail
Thu Aug 19 2021
Antara tuntutan Gerakan BDS Israel menghentikan pendudukan di Tebing Barat dan sekatan zalimnya terhadap Gaza. - Gambar fail/ Reuters
Melaka hasrat gubal undang-undang kecil PBT berhubung pemasangan QR pada ternakan
Kerajaan Melaka berhasrat mewujudkan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menghendaki pemilik ternakan memasang kod respons pantas (QR) pada haiwan ternakan seperti lembu.
Sarawak siap sedia jadi tuan rumah Piala Kriket Wanita T20 bawah 19
Sarawak bersedia menjadi tuan rumah Piala Dunia Kriket T20 Wanita Bawah 19 Tahun ICC yang berlangsung dari 18 hingga 28 Jan.
Kemalangan jalan raya ragut 436 nyawa ketika musim perayaan tahun baharu di Thailand
Punca utama kemalangan adalah memandu laju dan memotong kenderaan di hadapan, manakala motosikal terlibat dalam kebanyakan insiden.
Nahas pesawat di Kazakhstan boleh dielak dengan 'penyelarasan betul' - Azerbaijan
Penyelarasan yang lebih baik antara perkhidmatan tentera dan awam Rusia boleh mengelakkan nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan akhir bulan lalu.
MCMC, Kerajaan Melaka jalin kerjasama Inisiatif Kampung Digital
Inisiatif itu adalah langkah strategik untuk memastikan setiap premis di negeri itu dilengkapi dengan alamat yang lengkap dan sistematik.
[TERKINI] PM Kanada, Justin Trudeau letak jawatan sebagai Ketua Parti Liberal
Jelas pemimpin berusia 53 tahun itu, keputusan meletak jawatan dibuat selepas berbual panjang dengan keluarganya.
Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke Laut Timur
Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik yang tidak dikenali ke arah Laut Timur, menurut Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan.
Tumpuan Selasa – 7 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (6 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kapal China didakwa ceroboh kawasan perairan milik Filipina
Filipina mengerahkan aset udara dan laut tentera dan pengawal pantainya di zon ekonomi eksklusifnya di Laut China Selatan selepas kehadiran kapal dari China yang didakwa melakukan pencerobohan di zon tersebut.
Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria
Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria.
Tiga konvoi bantuan ke UAE tiba di Gaza dalam operasi Chivalrous Knight 3
Tiga konvoi bantuan kemanusiaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) memasuki Semenanjung Gaza minggu ini melalui Pintu Sempadan Rafah di Mesir.
Serangan udara Israel di Tebing Barat melampaui batas - PBB
Laporan turut mendedahkan 2024 mencatatkan jumlah tertinggi rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal di Tebing Barat dalam hampir dua dekad.
Tentera Israel kepung Hospital Indonesia di Gaza, arah segera dikosongkan
Tentera pendudukan Israel telah mengepung Hospital Indonesia di Beit Lahiya, utara Gaza dan menuntut premis itu segera dikosongkan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
GPM Malaysia lancar rayuan bantuan musim sejuk, sasar raih RM1 juta untuk Gaza, Syria
GPM menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta sehingga 15 Januari depan untuk menyediakan barangan keperluan asas seperti selimut, pakaian musim sejuk, alat pemanas, bahan bakar, dan bekalan makanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Amnesty International desak Israel bebaskan petugas kesihatan yang ditahan
Organisasi itu menegaskan bahawa Israel mesti segera membebaskan semua rakyat Palestin yang ditahan secara sewenang-wenangnya, terutama petugas kesihatan.
Israel bakar Hospital Kamal Adwan di utara Gaza
Pasukan Israel membakar Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia, utara Gaza, hospital terbesar di kawasan itu yang memberi perkhidmatan kepada lebih 400,000 penduduk, pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.