SEBUAH kafe di Scotland muncul dengan aiskrim berperisa pedas yang digelar ‘Respiro Del Diavolo’ atau diterjemahkan sebagai 'Nafas Iblis’.
Kerana terlalu pedas, pemilik kafe mengeluarkan peraturan bahawa hanya pelanggan yang melebihi umur 18 tahun sahaja dibenarkan membeli aiskrim tersebut.
Kafe yang dikenali sebagai The Aldwych mencipta aiskrim berperisa ‘Nafas Iblis’ itu bersempena sambutan Hari Kekasih yang dirai pada 14 Februari setiap tahun.
Malah, pelanggan perlu menandatangani perjanjian yang disediakan oleh kafe berkenaan kerana terdapat amaran bahawa aiskrim itu boleh menyebabkan kesakitan dan kematian.
Pemilik kafe mendakwa aiskrim ini 500 kali lebih pedas daripada sos Tabasco dan tahap ini meletakkan persamaan dengan empat jenis cili seperti Carolina Reaper, Pepper X, Dragon's Breath dan Naga Morich.
Secara saintifik pula, kepedasan aiskrim ini adalah 1,569,300 scoville heat unit, iaitu unit digunakan untuk mengukur tahap pedas cili.
Bagi mengelak sebarang insiden buruk berlaku, pekerja yang menghidangkan aiskrim itu juga memakai sarung tangan sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurut pemilik kafe, Martin Bandoni, 50, pemakaian sarung tangan diwajibkan untuk pelindungan kerana pelbagai jenis cili mempunyai kesan yang berbeza pada kulit jika dibiarkan terlalu lama.
Bahan aiskrim yang dihasilkan menggunakan resipi turun-temurun dari Itali sejak tahun 1936 dan bahan digunakan adalah sepenuhnya daripada negara itu.
Agensi
Wed Feb 14 2018

Pemilik kafe mendakwa aiskrim ini 500 kali lebih pedas daripada sos Tabasco. - Foto foxnews.com

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Jennie Blackpink dikecam, didakwa langgar SOP COVID-19
Kekecohan terjadi apabila Jennie memuat naik gambar lawatannya ke sebuah arboretum di bandar Paju pada 14 April lalu.

Ais krim di China dijangkiti COVID-19
Sebanyak 65 kotak ais krim berkenaan telah dijual.

#DduDuDduDu ais krim buat peminat BLACKPINK sebagai tanda minta maaf
Disebabkan tidak dapat selesaikan persembahan mereka di 'Lotte Duty Free Family Festival' 22 Jun lalu, kumpulan K-pop terkemuka itu beri hadiah kepada peminat mereka.

Kekurangan sebagai OKU bukan penghalang untuk hidup
Ais krim Malaysia 50 sen dan ikan masin RM2 sepaket, menjadi modal seorang orang kelainan upaya (OKU) meneruskan kelangsungan hidupnya.