Ais krim Malaysia 50 sen dan ikan masin RM2 sepaket, menjadi modal seorang orang kelainan upaya (OKU) meneruskan kelangsungan hidupnya.
Dengan keuntungan yang tidak seberapa, antara RM5 hingga RM12 sehari, ia tidak pernah putus harapan dan mengeluh dengan nasib menimpa diri.
Mohamad Ridzuan Khalid, 29 tahun berkata, selagi mampu bergerak, kudrat badannya itu akan dikerah untuk mencari rezeki sendiri.
Sekitar jam 3 petang, Mohamad Ridzuan, akan menyusun barang-barang jualan di dalam basikal tiga roda yang dimilikinya.
Tanpa mempedulikan terik matahari, dia mengayuh basikal tiga roda sekitar lima belas kilometer dari rumahnya di Kampung Bukit Pinang, Pokok Sena sehingga ke Hutan Kampung, Alor Setar.
“Hidup ni memang susah tetapi nak buat macam mana... takkan saya nak duduk di rumah sahaja.
"Kena usaha cari duit untuk tampung hidup. Hendak bagi mak lagi, beli barang keperluan harian lagi," katanya
"Adakalanya berasa penat dan patah semangat jika jualan tidak laku tetapi ini adalah adat berniaga, ada untung, ada rugi," katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.
Tambah Mohamad Ridzuan, sebelum ini dia hanya mengesot untuk ke mana-mana termasuk berniaga.
Namun, jalan hidupnya dipermudahkan tuhan apabila menerima basikal roda tiga bernilai RM500 hasil sumbangan penduduk kampung.
Ridzuan merupakan anak tunggal dan tinggal bersama ibunya, Rodziah Nik Cha, 53 tahun di Kampung Padang Kunyit, Pokok Sena.
Ibu Ridzuan, yang juga pemegang kad OKU berstatus lembam, tidak dapat bekerja sejak dua tahun lalu kerana kurang sihat.
Bagi yang mahu meringankan beban dua beranak ini, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di atas nama mohamad ridzuan khalid 02001-41-00001728-2.
Salim Aziz
Tue Mar 20 2018

Sekitar jam 3 petang, Mohamad Ridzuan, akan menyusun barang di dalam basikal tiga roda yang dimilikinya.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Jennie Blackpink dikecam, didakwa langgar SOP COVID-19
Kekecohan terjadi apabila Jennie memuat naik gambar lawatannya ke sebuah arboretum di bandar Paju pada 14 April lalu.

Ais krim di China dijangkiti COVID-19
Sebanyak 65 kotak ais krim berkenaan telah dijual.

#DduDuDduDu ais krim buat peminat BLACKPINK sebagai tanda minta maaf
Disebabkan tidak dapat selesaikan persembahan mereka di 'Lotte Duty Free Family Festival' 22 Jun lalu, kumpulan K-pop terkemuka itu beri hadiah kepada peminat mereka.

Kekurangan sebagai OKU bukan penghalang untuk hidup
Ais krim Malaysia 50 sen dan ikan masin RM2 sepaket, menjadi modal seorang orang kelainan upaya (OKU) meneruskan kelangsungan hidupnya.