PUTRAJAYA: Malaysia menentang sebarang bentuk keganasan atau layanan kasar terhadap orang awam, kata Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai serangan udara junta tentera Myanmar ke atas orang awam yang menghadiri perhimpunan di sebuah kampung, dianjurkan oleh pihak yang membantah junta.
Sambil menyuarakan kebimbangan Malaysia, beliau berkata Indonesia selaku pengerusi ASEAN tahun ini telah memaklumkan kepada Malaysia mengenai perkembangan semasa di Myanmar.
"Kami agak bimbang dengan (serangan udara) itu dan saya rasa Indonesia akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
"Pendirian Malaysia, kami menentang sebarang bentuk keganasan yang berlaku di Myanmar dan itu juga pendirian ASEAN secara keseluruhan," katanya pada sidang media selepas menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama kakitangan Wisma Putra dan kor diplomatik.
Menurut laporan media, tentera Myanmar mendakwa, pihaknya melancarkan serangan ke atas perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak pemberontak dan jika orang awam terbunuh ia adalah kerana mereka dipaksa membantu "pengganas".
Sekurang-kurangnya 100 orang termasuk kanak-kanak terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan udara mengerikan yang dilakukan oleh tentera junta ke atas orang awam di kampung Pazigyi di Perbandaran Kanbalu di wilayah Sagaing, Myanmar.
Jet junta menggugurkan bom dan helikopter menggunakan mesingan menyasarkan lebih 100 orang yang berkumpul di kampung itu untuk upacara perasmian pejabat pentadbiran awam tempatan pada Selasa pagi.
Kemudian pada hari yang sama, junta melancarkan serangan udara kedua ke atas kampung itu ketika orang ramai cuba mencari dan mengenal pasti mangsa yang terkorban.
Sempena majlis itu, Zambry turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM561,996 (US$124,179) daripada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakvat Palestin kepada Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.
Daripada jumlah itu, US$50,000.00 telah disumbangkan kepada Masjid Al-Aqsa melalui Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Jordan.
Sejumlah US$30,000 telah disalurkan kepada Kementerian Pendidikan Palestin untuk kemudahan sistem solar di dua sekolah di Tebing Barat, projek kerjasama bersama antara Kedutaan Malaysia di Amman dan Kementerian Pendidikan Palestin.
Sementara itu, sebanyak US$44,179 lagi diagihkan kepada Global Peace Mission (GPM) Malaysia untuk projek pembinaan semula rumah di Gaza.
AAKRP ditubuhkan (secara rasmi) pada tahun 2002 di bawah Seksyen 9 Akta Acara Kewangan, diberi mandat untuk menyalurkan dana sumbangan orang ramai kepada rakyat Palestin.
Setakat ini, lebih RM20 juta telah disalurkan kepada rakyat Palestin melalui pelbagai projek dan inisiatif.
- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023
Zambry Abdul Kadir bersalaman dengan tetamu pada Majlis Berbuka Puasa bersama kakitangan Wisma Putra dan kor diplomatik di Putrajaya, malam tadi. - Gambar BERNAMA
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Kebuluran di Rakhine boleh menular lepasi sempadan Myanmar - PBB
PBB menggesa campur tangan antarabangsa segera di Rakhine, Myanmar, berikutan kemungkinan negeri itu akan terjerumus ke dalam krisis sosial dan ekonomi ekoran kebuluran.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Myanmar sedia bekerjasama dengan ASEAN selaras dengan piagam - Ketua tentera
Ketua tentera Myanmar menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya bersedia untuk bekerjasama dengan ASEAN bagi mencapai penyelesaian damai di negara Asia Tenggara yang dilanda kekacauan itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Mashitah fail saman terhadap NGO kaitkannya dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Dr Mashitah failkan saman terhadap sebuah NGO dan dua individu berhubung kenyataan mengaitkannya dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
Gajah Asia hadiah Myanmar mati di zoo Jepun akibat virus herpes
Seekor gajah Asia yang diberikan kepada Fukuoka oleh bandar Yangon di bawah program persahabatan telah mati di sebuah zoo di bandar Jepun itu selepas dijangkiti virus herpes.
Tiada bukti Dr Mashitah, suami terlibat sindiket pemerdagangan manusia - KPN
Tiada bukti mengaitkan Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan suami terlibat dengan kegiatan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.