Pekerja pembinaan Thailand pada Khamis memulakan kerja-kerja membangunkan sebuah muzium bagi memperingati misi menyelamat sekumpulan kanak-kanak yang terperangkap di dalam gua di Chiang Rai, Thailand.
Selain untuk memperingati peristiwa yang dialami pasukan bola sepak itu, muzium berkenaan juga bakal dijadikan lokasi penghormatan istimewa untuk seorang penyelam yang terkorban nyawa saat menjalankan misi tersebut.
Kesemua 12 kanak-kanak lelaki, 11 hingga 16 tahun, dan jurulatih mereka yang berusia 25 tahun, hilang pada 23 Jun lalu ketika meneroka kompleks gua tersebut.
Mereka hanya dapat diselamatkan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) selepas lebih dua minggu terperangkap. Pasukan penyelam profesional berpengalaman tempatan dan antarabangsa telah berganding bahu menyelamatkan mereka dalam misi yang berlangsung selama 3 hari.
BACA: Mangsa gua Tham Luang buat kemunculan umum pertama
BACA: Penghormatan terus mencurah atas kejayaan menyelamatkan mangsa terperangkap dalam gua
Kerja-kerja membina muzium itu bermula selepas upacara tradisional Buddha dijalankan pada Rabu di Gua Tham Luang. Mengikut kepercayaan mereka, upacara itu adalah untuk meminta ‘restu’ daripada ‘semangat’ lokasi tersebut.
Muzium yang dijangka mengambil masa selama lima bulan untuk disiapkan dan menelan belanja sebanyak 10 juta Baht (RM1.2 juta) itu, ditaja oleh seorang seniman Thailand, Chalermchai Kositpipat.
"Kawasan ini akan membawa keuntungan kepada negara kita, kerana ia menghingatkan pada kerjasama antarabangsa dan wira yang telah mengorbankan nyawanya. Pelancong dari seluruh dunia akan mengunjungi tempat ini,” ujar Chalermchai.
Penyelam Thailand, Saman Kunan, maut selepas tidak sedarkan diri semasa misi menyelamat berlangsung.
Tugu patung Saman yang sedang dibentuk oleh pengarca, akan ditempatkan di hadapan muzium tersebut.
Mural sepanjang 13 meter juga akan dipamerkan di situ, yang antara lain mengetengahkan pasukan penyelam British yang menemui kumpulan kanak-kanak itu,
Sebelas daripada 12 kanak-kanak itu kini menjalani rutin sebagai sami pelatih sebagai penghormatan untuk Saman. Pada Sabtu, mereka akan meninggalkan kuil untuk menjalani kehidupan biasa semula.
BACA: Remaja terperangkap di Gua Tham Luang 'hidup' seperti sami selama sembilan hari
Agensi
Thu Aug 02 2018
Sebelas daripada 12 kanak-kanak itu kini menjalani rutin sebagai sami pelatih sebagai penghormatan untuk Saman. - Gambar fail
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Haziq Ahmad Rashidi dengan memijak perut mangsa.
Suspek kes buli UPNM didakwa di bawah seksyen 323
Bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di lokasi Mahkamah Sesyen KL membawakan perkembangan tentang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan didakwa mengikut Sesyen 323 pada Jumaat.
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
RUU Pekerja Gig: Suara pekerja gig
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi mendapatkan pandangan pekerja gig terhadap permintaan pemain industri supaya pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguhkan.
Signifikan penangguhan RUU pekerja gig
Pemain industri gig, termasuk Mohd Dzulkarnean dari GoGet dan Rahman Hussin dari KiddoCare, meminta kerajaan menangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig pada Disember depan untuk memastikan kejayaan inisiatif ini dan menghasilkan RUU yang seimbang.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
Muzium peringati kes kanak-kanak terperangkap dalam gua Chiang Rai giat disiapkan
Muzium itu juga dijadikan lokasi penghormatan istimewa untuk seorang penyelam yang terkorban nyawa saat menjalankan misi SAR tersebut.