JAKARTA: Musim panas dan kemarau di banyak tempat di rantau ini membawa kepada khabar yang kurang baik.
Beberapa daerah di wilayah Riau telah mengeluarkan amaran mengenai kebakaran hutan dan tanah pertanian, susulan beberapa titik panas dikenal pasti sejak awal tahun ini.
Dalam satu kenyataan, Timbalan Gabenor Riau, Edy Natar Nasution, pada Khamis lalu memberitahu amaran telah dikeluarkan di Bengkalis, Siak, Pelalawan, Rokan Hilir dan Pulau Merati serta bandar Dumai.
Semua kawasan tersebut adalah di pesisiran pantai timur wilayah berkenaan yang bersempadan dengan Selat Melaka.
“Pemerintah di Riau telah mengeluarkan amaran untuk mengoptimumkan usaha pencegahan kebakaran.
“Saya berharap akan ada usahasama untuk menanganinya, termasuk penduduk tempatan turut memainkan peranan agar tidak membersihkan ladang menggunakan amalan ‘tebas dan bakar’. Sekali tanah gambut ini terbakar, usaha memadamkannya sangat sukar dan memerlukan kos tinggi,” ujar Edy seperti yang dilaporkan dalam media tempatan.
Status amaran itu berkuat kuasa sehingga 21 Oktober nanti.
Pengumuman itu menyusuli arahan Presiden Joko Widodo atau Jokowi sebelum ini yang meminta pihak berkuasa tempatan bersedia berdepan dengan kebakaran hutan, berikutan beberapa titik panas yang telah dikesan di Sumatera.
Jokowi juga mengingatkan supaya wilayah Kalimantan dan Sulawesi turut berjaga-jaga, kerana berkemungkinan berdepan masalah yang sama antara bulan Mei hingga Julai, dan memuncak sekitar Ogos ke September.
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) pada Isnin lalu berkata, walaupun musim hujan sedang terjadi di banyak tempat di negara itu, beberapa bahagian di Sumatera sedang mengalami kemarau bulan ini.
Sementara itu, Agensi Pengirisan Bencana (BPBD) Riau dalam satu kenyataan memberitahu sejak awal tahun ini, 248 hektar tanah dan hutan di wilayah itu dilanda kebakaran.
Agensi
Sat Feb 27 2021
Isu kebakaran tanah pertanian atau hutan seringkali terjadi pada musim panas dan kemarau di banyak tempat di Indonesia. - Gambar fail
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Waktu di Eropah dilambatkan satu jam ketika musim panas berakhir
Waktu penjimatan siang (daylight saving time) dijadualkan berakhir di Eropah pada awal pagi Ahad ini.
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
Musim panas 2024 pecah rekod suhu global - Laporan
Musim panas 2024 telah menetapkan penanda aras suhu baharu di seluruh dunia.
Monyet di Zoo Kyoto dapat hidangan bersalut ais untuk atasi bahang musim panas
Sebuah zoo di Wilayah Kyoto telah memberikan monyet-monyet hidangan bersalut ais untuk membantu mereka menyejukkan badan semasa cuaca panas terik musim panas.
25 maut, ribuan dirawat di hospital akibat gelombang haba terik di Karachi
Sekurang-kurangnya 25 orang maut dan ribuan dimasukkan ke hospital akibat strok haba semasa gelombang haba terik di bandar pelabuhan selatan Pakistan, Karachi.
Arab Saudi pendekkan tempoh khutbah Jumaat kepada 15 minit
Arahan itu juga termasuk menjadikan tempoh masa antara azan pertama dan azan kedua 10 minit dengan melambatkan waktu azan pertama.
Operasi Haji 1445H/2024M dianggap paling berjaya - Mohd Na'im
Operasi Musim Haji 1445H/2024 bermula pada 9 Mei disifatkan sebagai paling berjaya dan cemerlang berbanding tahun lalu.
Cuaca panas melampau di California hingga Jumaat
Suhu siang hari yang luar biasa tinggi diramalkan melambung melebihi 37.8 darjah Celsius di beberapa negeri hingga Jumaat.
El Nino: Pengeluaran durian berkurangan, pekebun jangka harga naik
Cuaca panas dan taburan hujan yang tidak menentu menyebabkan sebahagian besar bunga durian jadi kering dan buah cepat gugur sebelum matang.
Bagaimanakah kehidupan di Delhi apabila musim panas rekod suhu tertinggi?
Sebuah kawasan di Delhi merekodkan suhu tertinggi 52.9 darjah Celsius pada Rabu. Maka tidak menghairankan, bacaan suhu ini menjadi tajuk berita utama media.