MEKAH: Operasi Musim Haji 1445H/2024 yang bermula pada 9 Mei lalu disifatkan paling berjaya dan cemerlang berbanding tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Menurut Mohd Na'im, kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia selesai melaksanakan ibadat haji tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
"Saya mahu katakan, kejayaan ini berkat usaha berterusan dan persediaan untuk melaksanakan urusan haji.
"Ia mengambil kira keperluan kesihatan, kebajikan dan keselamatan jemaah Malaysia bermula daripada peringkat melaporkan diri di stesen berlepas dari Malaysia, semasa berada di Madinah dan Mekah, ketika operasi Masya'ir di Arafah, Muzdalifah dan Mina, sehingga kembali semula ke tanah air," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media terakhir di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH), di Abraj Janadriyah di Mekah.
Mohd Na'im berada di Arab Saudi sejak 8 Jun lepas untuk lawatan kerja dan menghadiri Simposium Haji Perdana anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi serta mengerjakan haji bagi musim 2024.
Jelasnya, seramai 14 jemaah haji meninggal dunia dan daripada jumlah itu, enam sempat berwukuf manakala dua jemaah haji tidak dapat berwukuf kerana memerlukan rawatan di Hospital Arab Saudi.
"Jemaah kita yang selesai mengerjakan haji, sama ada Nafar Awwal atau Nafar Thani, jika belum ke Madinah akan ke Madinah, yang telah ke sana akan bersiap-sedia pulang ke tanah air tidak lama lagi.
"Insha-Allah, jemaah haji kita akan mula berangkat pulang bermula 24 Jun ini dan penerbangan akhir dijangkakan akan berlepas pada 20 Julai. KT pertama akan berangkat terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah," ujarnya.
Sementara itu katanya, komitmen berterusan untuk menyantuni duyufurrahman oleh Lembaga Tabung Haji bermula dari Malaysia hingga ke Tanah Suci wajar diberikan penghargaan oleh semua pihak yang terbabit sama ada di Malaysia atau Arab Saudi.
Mohd Na'im juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua jemaah haji Malaysia yang sentiasa mengekalkan disiplin sepanjang berada di Tanah Suci.
"Walaupun ada sedikit cabaran semasa di Masya'ir, jemaah haji kita cukup bersabar dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas haji.
"Barisan petugas haji Malaysia yang bekerja tidak mengira hari, berkorban masa dan tenaga, meninggalkan keluarga tersayang untuk menyantuni duyufurrahman inilah yang kita gelar 'wira yang tidak didendang' atau istilah bahasa Inggeris-nya 'unsung heroes'.
"Untuk itu, saya berterima kasih dan ucap syabas atas komitmen petugas haji. Skor puas hati saya kepada pengurusan operasi haji tahun ini saya berikan 9 daripada 10 mata," katanya.
Kuota haji Malaysia yang diberikan Arab Saudi kepada Malaysia tahun ini ialah sama seperti tahun sebelumnya iaitu 31,600 orang.
Wukuf pada tahun ini ialah pada 9 Zulhijjah, atau bersamaan 15 Jun 2024, iaitu kemuncak musim panas di Arab Saudi.
Dr Azlinariah Abdullah
Thu Jun 20 2024

Mohd Na'im (tengah) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua jemaah haji Malaysia yang sentiasa mengekalkan disiplin sepanjang berada di Tanah Suci. - Gambar JPM

Nilai rampasan e-waste cecah RM3.9 bilion - Saifuddin
Jumlah sitaan keseluruhan daripada operasi berkaitan sindiket e-waste kini sudah mencecah nilai RM3.9 bilion.

Gangguan teknikal e-Placement, KKM batal keputusan penempatan 2,245 pegawai perubatan
Kementerian Kesihatan membatalkan pemilihan penempatan 2,245 Pegawai Perubatan Gred UD10, susulan gangguan teknikal pada sistem ePlacement.

Unit Integriti UA, IPT akan diletakkan di bawah Lembaga Pengarah Universiti - Zambry
Zambry berkata langkah itu diambil, bagi memastikan ketelusan tadbir, pelaksanaan tugas dan pemantauan integriti dilaksana sebaiknya.

Enam jenis ubat termasuk dari Jepun dirampas dari rumah Ridz Okumura
Enam jenis ubat-ubatan termasuk dari Jepun dirampas polis dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura, Jumaat lalu.

Lelaki direman tiga hari bantu siasatan kes penemuan peluru
Seorang lelaki direman tiga hari bagi membantu siasatan penemuan beg mengandungi lebih 700 peluru di tempat pembuangan sampah sebuah pangsapuri.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Terdapat kejanggalan dalam perolehan FWCMS - PAC
PAC mendapati terdapat kejanggalan apabila Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan Surat Setuju Terima sebelum memuktamadkan terma dan kaedah perolehan FWCMS.
AWANI Ringkas: Kematian ahli panel kastam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak berubah - Tengku Zafrul
Status Malaysia sebagai negara anggota CPTPP dan RCEP tidak berubah meskipun wujud ketidaktentuan daripada dasar tarif ydilaksanakan Amerika Syarikat.

Operasi Haji 1445H/2024M dianggap paling berjaya - Mohd Na'im
Operasi Musim Haji 1445H/2024 bermula pada 9 Mei disifatkan sebagai paling berjaya dan cemerlang berbanding tahun lalu.

Fatimah jadi duyufurrahman di sebalik pelbagai kekangan
Fatimah tidak menyangka lawatan petugas TH ke rumahnya April lepas membawa sinar untuknya apabila selepas itu beliau dimaklumkan terpilih untuk program Tabung Warga Tua (TWT).

Rancang tunaikan haji pada usia muda
Persepsi bahawa ibadah haji untuk golongan yang lanjut usia adalah tidak benar sama sekali kerana tiada batas usia dalam syarat wajib mengerjakan rukun Islam kelima itu.