Sebuah mozek menggambarkan tiga lelaki puak purba Toga yang berusia 1,800 tahun berjaya ditemui oleh ahli kaji purba di Israel yang dipercayai berasal dari zaman era Roman kata seorang ahli arkeologi semalam.

Mozek tersebut ditemui semasa penggalian di sebuah bangunan dari zaman Byzantine yang berusia kira-kira 300 tahun lebih muda daripada mozek yang ditemui atasnya. Bangunan yang dimaksudkan terletak di persisiran bandar Caesarea.

Pengarah bersama, penggalian Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Peter Gendelman memberitahu Reuters tentang bangunan dan mozek tersebut, “ Kejutan sebenar yang kami alami sebenarnya apabila kami menemui dua buah monumen yang sangat indah berasal dari zaman kegemilangan Caesarea.”

Caesara merupakan sebuah bandar yang dibina bagi menghormati Maharaja Augustus Caesar oleh Raja Herod, yang memerintah Yudea bermula dari 37 SM hingga 4 SM tahun kematiaannya.

Pihak berkuasa tersebut memaklumkan bahawa mozek yang ditemui itu berukuran 3.5 kali lapan meter persegi menggambarkan tiga orang lelaki berpakaian beserta corak geometri dan tulisan dalam bahasa Yunani (Greek) sedikit terjejas atau rosak.


Mozek  berumur 1,800 tahun ditemui ahli arkeologi. - Foto Reuters

Gendelman berkata, jika mozek tersebut berasal dari perumahan, angka yang tertera mungkin bermaksud pemilik rumah, atau jika ia berasal dari bangunan awam, tulisan tersebut mungkin menamakan penderma mozek atau Ahli-ahli Majlis Bandar Raya.

Mozek tersebut mempunyai ciri artistik yang tinggi dengan mempunyai 12,000 biji batu setiap meter persegi, kata pihak berkuasa zaman purba.

Israel sedang menjalankan projek pemuliharaan dan pembinaan semula terbesar di Taman Negara Caesarea, kata pasukan dari jabatan antik. Projek tersebut bertujuan membina semula sebuah jambatan pada era Tentera Salib.