Protes di Mesir diteruskan selepas Presiden Mohammed Morsi menolak kata dua yang diberikan tentera untuk menyelesaikan kebuntuan politik negara itu dalam tempoh 48 jam.
Penunjuk perasaan kini menjadikan Istana Presiden, Qasr El Qobba sebagai lokasi meluahkan kemarahan mereka menjelang tempoh akhir malam ini.
Ribuan lagi penunjuk perasaan turut memenuhi Dataran Tahrir dan beberapa lokasi lain termasuk di Iskandariah.
Bagaimanapun, penyokong Mohammed turut memenuhi jalan bagi mempertahankan kerajaan yang sah yang dipilih melalui pilihan raya pertama negara itu.
Agensi berita tempatan melaporkan, tentera mesir sudah menggariskan rancangan untuk menggantung perlembagaan, membubarkan Parlimen dan membentuk kerajaan sementara.
Ia antara yang digariskan dalam kata dua yang diberikan tentera kepada mohammed yang akan berakhir Rabu malam.
Walaupun tentera menegaskan, ia bukan satu rampasan kuasa, namun pelan yang digariskan menunjukkan mereka sudah bersedia untuk menyingkirkan beliau.
Protes besar-besaran yang masuk hari ketiga pada selasa sudah meragut 16 nyawa.
Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.
Astro Awani
Tue Jul 02 2013
JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita lori yang mengalami tayar tercabut dan dipercayai mengakibatkan kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelayar maut dalam perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart
Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Kendali DAX secara haram, SC kenakan tindakan celaan terhadap Bybit
SC berkata Bybit dan Ben Zhou telah disenaraikan dalam Senarai Makluman Pelabur SC sejak Julai 2021.
Empat cedera dalam insiden tembakan dan tikaman di Lapangan Terbang Phoenix pada malam Krismas
Polis terima panggilan mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
Pertempuran penyokong, penentang berterusan
Puluhan ribu penyokong yang berpihak kepada tentera Mesir berhimpun di Dataran Tahrir sepanjang Jumaat malam.
Morsi tolak kata dua tentera, protes diteruskan
Protes di Mesir diteruskan selepas Presiden Mohammed Morsi menolak kata dua yang diberikan tentera untuk menyelesaikan kebuntuan politik negara itu dalam tempoh 48 jam.
9 maut dalam petempuran di Kaherah
Sekurang-kurangnya sembilan maut dalam petempuran diantara anggota keselamatan dan penunjuk perasaan dilaporkan tercetus berhampiran Dataran Tahrir.