Majlis Kehakiman Agung Mesir mendesak Presiden Mohammed Morsi supaya tidak menguatkuasakan perintah yang membolehkannya mencampuri bidang kehakiman negara itu.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat tergempar badan berkenaan.

Serentak dengan itu, majlis tersebut meminta penduduk Mesir di seluruh negara mengadakan tunjuk perasaan.

Dalam sidang akhbar yang diadakan bekas pendakwaraya negara Abdel Meguid Mahmoud, dia rela ke mahkamah untuk mencabar keputusan pemecatan yang dibuat ke atasnya.

Keadaan kembali tegang di Mesir selepas penduduk negara itu kembali mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah pemberian lebih kuasa kepada Presiden.

Di bawah perintah baru yang dikuatkuasa Morsi, kuasa Presiden tidak boleh dicabar mana-mana pihak. Antaranya menyekat Parlimen untuk merangka perlembagaan baru Mesir.

Di sebalik kritikan yang diterima, pergerakan Ikhwan Muslimim pada masa sama menggesa satu demonstrasi besar-besaran diadakan Selasa ini bagi menyokong langkah yang dibuat Presiden kelima Mesir.