SEBAK dan terharu. Itulah yang dapat diungkapkan penulis apabila melihat dakapan erat seorang ibu pada anaknya sebelum melepaskan anak kesayangan pergi meninggalkan keluarga untuk mengharumkan nama negara.
Namun air mata dan dakapan itu bukanlah kerana kesedihan tetapi kerana bangga dengan kejayaan anaknya yang bakal beraksi pada Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 di Singapura.
Zaslini Zakaria, ibu kepada salah seorang pemain Todak Ajiq berkata, sukar untuk melepaskan anak bongsunya itu, namun dia berbangga kerana impian anaknya untuk bermain pada M3 tercapai.
"Dia memang manja dengan saya, anak bongsulah katakan. Sedihlah juga sebab nak lepaskan dia pergi tu, tapi demi mengharumkan nama negara dan keluarga, saya gembira dan menyokongnya 100 peratus," katanya.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada majlis penyerahan bendera Malaysia dan pelepasan pemain Todak dan SMG ke Singapura bagi menghadapi Kejohanan Dunia Mobile Lagend (M3) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurutnya, anak bongsunya itu seronok dengan apa yang dikecapi hari ini dan tidak pernah pun anaknya merasakan pertandingan ini tekanan buat dirinya.
"Dia seronok dengan apa yang dia lakukan dan itu yang paling penting sekali. Pada awal pembabitan, auntie tidak begitu setuju kerana kurang pendedahan mengenai bidang e-sukan ini.
"Kini ternyata apa yang saya fikirkan jauh meleset dan bidang ini mampu memberikan masa depan yang cerah kepada anak muda yang lain," katanya.
Zaslini berkata, dia berharap pasukan Todak dapat mempamerkan aksi terbaik dan mendoakan pasukan itu menjadi juara.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
eGG Network
Sun Nov 28 2021
Majlis penyerahan bendera Malaysia dan pelepasan pemain Todak dan SMG ke Singapura bagi menghadapi Kejohanan Dunia Mobile Lagend (M3) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - eGGNetwork
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Mobile Legends M3: Dakapan, air mata restu ibu buat anak
Zaslini berbangga kerana impian anaknya untuk bermain pada M3 tercapai.