BANGKOK: Misi Perdagangan Francais Malaysia ke Bangkok, Thailand bersempena Thailand Franchise and Business Opportunity 2023 (TFBO) menyasar menarik pelaburan berjumlah RM30 juta.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Mohd Yusof berkata sebanyak 10 jenama Malaysia iaitu Marrybrown, Kenny Rogers Roasters, US Pizza, Cleanpro Express, Deemcee, Global Art, UCMAS, HOME, Q-dees dan Little Caliph menyertai TFBO di Bangkok International Trade and Exhibition Centre (BITEC) yang berlangsung dari 13 hingga 16 Julai, 2023.
Beliau berkata, tahun ini TFBO berjaya menarik hampir 7,000 pelabur dari 36 negara dari seluruh dunia, termasuk Malaysia.
"TFBO merupakan platform penting bagi industri francais Malaysia untuk mengambil peluang mempelbagaikan pelaburan francais mereka di Thailand.
"Misi yang dirancang di bawah Program Pengukuhan Francais bagi Meningkatkan Eksport (EFDP) itu berhasrat untuk menggalakkan pengembangan jenama Malaysia ke Thailand dan mencari pelabur berpotensi melalui program pemadanan perniagaan.
"KPDN bekerjasama rapat dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Persatuan Francais Malaysia (MFA), dan pemain industri untuk mencapai sasaran dan menggandakan momentum," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, jenama francais Malaysia telah berkembang sebagai identiti jenama terkemuka di seluruh dunia dengan lebih daripada 68 jenama bertapak di 80 negara.
Azman yang mengetuai delegasi tersebut hadir pada majlis perasmian Pavilion Malaysia di TFBO pada Khamis yang turut dihadiri Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel.
Sementara itu, Azman berkata Malaysia dan Thailand akan mengukuhkan kerjasama berteraskan model ekonomi sempadan menerusi perbincangan dengan pihak-pihak yang berkenaan.
Beliau berkata persijilan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapat pengiktirafan di semua negara termasuk Thailand dan ini merupakan satu kelebihan kepada syarikat francais Malaysia untuk berkembang ke negara tersebut.
Pada 2021, industri francais di Malaysia mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM30 bilion meningkat daripada RM14.6 bilion pada 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023
Azman berkata, tahun ini TFBO berjaya menarik hampir 7,000 pelabur dari 36 negara dari seluruh dunia, termasuk Malaysia. - Foto BERNAMA
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
AWANI Pagi: Banci Pertanian: Kukuhkan Rantaian Data Pertanian Negara
Banci Pertanian 2024 berlangsung di seluruh negara bermula 7 Julai. Apakah impaknya terhadap rakyat untuk jangka masa panjang dan data rantaian makanan negara?
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
EURO 2024: Barcelona menantikan wang pampasan ekoran kecederaan Pedri
Pedri mengesahkan dia akan kekal bersama skuad itu, namun tidak akan bermain lagi dalam kejohanan tersebut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [08 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
EURO 2024: 'Saya penat' - Kylian Mbappe
Mbappe mendapati dirinya menjadi pusat kritikan kerana prestasi individu dan kolektif yang lemah walaupun mara ke separuh akhir.
Lapangan terbang di California terbakar
Namun, lapangan terbang kecil berkenaan tidak melibatkan sebarang operasi kapal terbang komersil.
Op Noda: 46 ditahan dalam serbuan di pusat hiburan
Polis menyerbu premis hiburan di Plaza Puchong, Cheras yang menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja sah, pada Ahad.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Tolak rasuah: Anwar seru NGO, gerakan belia tolak salah guna kuasa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
PM Perancis serah peletakan jawatan pada Isnin
Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.